Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang~
Mula-mula menjejakkan kaki ke New Zealand, di samping rasa bersyukur, gembira dan excited, satu lagi rasa turut hadir dalam hati. Ya. Rasa sejuk..:D
Walaupun tiba dalam musim panas, tetapi suhu kota duniadeen masih mampu membuatkan tangan menggigil dan liat hendak meninggalkan selimut di waktu pagi!
Adik-adik mesti tertanya-tanya pakaian yang semacam apa perlu di sediakan. Haa.. inilah artikel yang sesuai untuk adik-adik baca :P
Sila beli sweater dari Malaysia, sehelai pun cukup and light sweater would be just fine, just for you to use upon the arrival. Kalau ikut pengalaman akak, beli sweater kat sana lagi murah dan lagi banyak pilihan, lagipun kan.. kalau adik2 nak bawa sweater dari Malaysia, nanti menyempitkan beg pulak. Banyak lagi barang-barang penting boleh bawa.
Tudung? Any tudung will be okay. Memandangkan kita (yg muslim) pakai tudung, so, kira jadi penebat haba yang baik jugak la.
Bawa bekalan stoking yang mencukupi. Kat sana ada ja stokin, tapi in case adik2 nak save duit, boleh la bawak stoking siap2 dari Malaysia, lagipun stokin kan kecil. Boleh lipat-lipat dan muat dalam beg.
Thermal? Bawa satu dah cukup, lagipun kat Malaysia, pakaian2 sejuk ni mmg mahal kan, kalau di NZ or OZ agak murah la, lagi2 kalau sale. Lagipun material dia lagi berkualiti. So, buatlah pilihan bijak okeh!
Pakaian harian di sana adalah casual ware yang biasa kita guna sehari-hari. There is no need to wear baju kurung for lecture. tapi boleh je nak pakai baju kurung, ramai ja orang yang pakai baju kurung kat sana. Lagipun, nanti akan ada occasion yang require kita untuk pakai baju kurung. Pastikan pakaian tu tebal, cotton, dan selesa di pakai. Kalau tak tebal sangat pun xpa sebab boleh pakai termal dan sweater J
Apa? Tak tahan sejuk?
Hurm..mula2 mmg akan memakai sweater sepanjang masa, tapi, insyaALLAH, lama kelamaan akan menjadi okeh, jangan risau. Mula2 datang nanti, adik2 akan beli bedding set, duvet dan duvet cover semua, pilihla yang berkualiti.
Kalau tiba musim sejuk, tariff letrik akan jadi sangat mahal. Sebab sangat sejuk dan kita akan ada tendency untuk pasang heater sepanjang masa, oleh itu, akak cadangkan belilah electric blanket untuk menjimatkan elektrik.
Oh, dan jugak di new zea akak belajar makan atau menggunakan bahan masakan yang boleh membantu memanaskan badan seperti lada hitam dan halia. :) mungkin boleh membantu. Hehe..
Bila sejuk, kita akan cepat lapar. Dan bila cepat lapar, kita akan selalu rasa mahu makan. Dan kita akan menjadi orang yang berbeza sepanjang winter. Tapi xpa, rajin2 la ke gym untuk maintainkan badan.
Lain-lain?hurm.. bila cuaca sejuk, smua orang pun akan berpakaian dengan pakaian yang sejuk mata memandang. Tapi, bila panas, kenalah mantainkan jugak pakaian yang sejuk mata memandang ni taw.
Kita cool..:)
Muslim and proud! ^_^
No comments:
Post a Comment