About us

Assalamualaikum wbt.

kata orang, tak kenal, maka tak cinta. maka, marilah kita berkenalan!
ehh salah, tak kenal, maka berkenalanlah kan?

baiklahh... kami merupakan pelajar malaysia yang belajar di south island, new zealand: Dunedin, Christchurch dan Lincoln. kami, penulis-penulis blog ini, merupakan satu keluarga. keluarga yang terdiri daripada anak-anak, mak, makcik-makcik dan nenek. yang mengikat kami sebagai keluarga, hanya satu. iaitu islam.

hati-hati kami tertaut atas satu dasar; iaitu akidah. dan, atas dasar satu Cinta, kami berdiri utuh di sini untuk berkongsi pengalaman. kami tidak mempunyai apa-apa. ilmu di dada kami hanya sedikit cuma, tapi yang kami ada, hanyalah Cinta.

dengan izin-Nya, ingin kami berkongsikan seluas Cinta yang Dia beri. namun, kami hanya hambaNya yang lemah, tak berdaya untuk berkongsikan semuanya tanpa izin-Nya. dengan daya yang ada, dengan kekuatan yang diberi, dengan sedikit pengalaman yang diberi rasa, kami berkongsikan cinta ini.

kami sangat berharap segala yang kami kongsikan, bermanfaat untuk semua. semoga Allah redha atas usaha kita bersama; baik yang menulis ataupun yang membaca.

setiap perkataan, setiap idea, bukannya datang dari kami sendiri, tapi, datangnya dari Pencipta kita. setiap yang baik itu datang dariNya, dan setiap kekhilafan itu, datang dari Dia juga, tetapi disandarkan pada kelemahan kami untuk membezakan antara Pencipta dan hamba.
moga kedua-duanya akan menjadi manfaat kepada kita semua. biiznillah.

moga Dia redha.

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com