Baikla, ni dia turn masakan omputih pula!
Ye lah kn, duduk di luar negara, mesti kena try resipi ni!
Pernah dibawa ke Surau university, hanya akhowat je dapat makan kerana tersangatlah sedap..Jadi, cepat habis! Minta maafla if ada kesempatan bole buat lg=)
Buat kat rumah pon, macam pisang goreng panas! Habis jugak!
Gerenti sedap , murah dari kedai2x di luar tu ..yosh!
Bahan A-Kuah Putih
- 1 paket Cream Cheese
- Cheese yang disagat
- Susu segar
- Mushroom
- Black Pepper
- Garam secukup rasa
Bahan B-Kuah Merah
- Daging kisar
- Daun origano-ditabur2x
- Kuah Spagetti
- Sos tomato
- Garam secukup rasa
- Bawang dipotong dadu
Bahan C- Topping
- Cheese yang disagat
- Daun origano
Kepingan Lasagne / Spiral Pasta:
~If beli lasagne yang bole masak dlm oven lg senang!
~If not, rebus dulu kepingan lasagne or spiral pasta tu..
Cara-cara.
- Firstly, buat kuah putih dulu. Panaskan 1 sudu butter di dalam periuk. Masukkan susu segar (buat anggaran sendiri)...Lepastu, masukkan cream cheese dan kacau sehingga sekata. Masukkan cheese yang disagat secukup rasa( kenalah pandai menganggar). Last sekali, masukkan mushroom, black pepper dan garam secukup rasa:). Pastikan api kecil digunakan semasa mengacau kuah putih ni.
- Secondly, kuah merah pula..Panaskan periuk , masukkan 1 sudu butter dalam periuk. Tumis bawang . Then,masukkan daging dan sos kuah spagetting+sos tomato. Lastly, masukkan garam dan juga daun origano.
- Untuk kepingan lasagne: Masukkan 1st layer lasagne dalam loyang..Then, masukkan kuah merah diikuti dengan kuah putih. Pastu, letakkan pula 2nd layer lasagne dalam loyang. Proses yang sama berulang. Untuk top layer lasagne, letakkan cheese yang disagat berserta daun origano.
- Untuk spiral pasta: Gaulkan separuh spiral pasta dalam kuah merah dan separuh spiral pasta dalam kuah putih. Then, buatlah layer macam lasagne tadi!
- Suhu oven: 150 degree celcius-170 degree celcius. Tunggu sehingga lasagne hot ni naik bau dan cheese mencair( dalam 30 minit)
1 comment:
dah buat dah beberapa kali.. confirm sedap.. hikhik
Post a Comment