bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wbt.
waa mesti semua akak dah tak sabar nak masuk sem baru ea.^_^
anyway akak-akak dan adik-adik.just sikit nak share kejadian yang baru berlaku.
pengalaman tu mengajar kita apabila ambil ibrah darinya.if not ia seperti dedaun yang gugur dihembus angin lalu sahaja.
suka untuk berkongsi rasa hati yang tidak menentu.berkongsi penilaian akal yang cetek.berkongsi pandangan mata dan pendengaran telinga yang terbatas.mungkin perkongsian yg simple tp boleh dikutip ibrah bersama.insyaAllah
pagi tu saya pulang dari klinik sendirian, malas untuk menyusahkan ayah yang bekerja dan ibu yang kurang cekap memandu>>saya pula tidak bisa memandu di sini T_T
saya banyak belajar berdikari di bumi kiwi.belajar banyak benda sebenarnya.kan petunjuk Allah tu tidak kira dimana-mana, tak kira siapa dan bila..alhamdulillah Allah membuka mata saya mengenai Islam di sini.
"sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima pertunjuk" [28:56]
Eh sambung balik cerita tadi. Faham-faham je la keadaan bus di Malaysia lebih-lebih lagi bukan express. Alhamdulillah saya naik bus terus dapat tempat duduk di sebelah perempuan. Then, penuh la orang naik dan kena berdiri.Saya terlihat satu family mat salleh, 2 darinya sudah tua. Kalo di nz sudah biasa untuk bangun dan bagi tempat dekat orang yang lagi tua. Hurm tu kan adab-adab dalam Islam. Mereka (kafirrun) banyak menceduk/ mengambil dari Islam itu sendiri. Akhlak yang patut umat Islam miliki tetapi tidak nampak di negara kita sekarang.
"Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji. [hadith ke-18 imam nawawi].
Dalam hati, risau orang menganggap saya terlalu mengagungkan mat salleh. Tapi bukankah sesuatu benda yang kita lakukan berdasarkan niat, bukan pandangan orang, dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niat? Teringat hadith satu dalam hadith arba'in. Jadi saya nekad je untuk bangun dan panggil salah seorang untuk duduk. Nampaklah perbuataan itu agak janggal di sini apabila ramai yang memerhati.
Tapi bukanlah itu isunya. Selepas beberapa ketika, salah seorang berkata; "cik, panggil dia (mat salleh) tu duk situ (tempat kosong)". Alhamdulillah sebab ramai yang prihatin, dan pandangan saya tersilap. Alhamdulillah juga ada yang membantu mereka untuk turun ke tempat yang ingin ditujui.
Seperti biasa "thank you drive!" dari bibir mereka.
Tidak kurang juga ada yang manis mulut untuk berkata "see you again, have a nice holiday, you have nice face". erm apakah?? (tapi dalam hati saya jela).
Empunya suara berada di depan sekali dan menghadap ke dalam bus, ala kat tangga bas tu. Dia sambung berkata lagi kat kawan-kawannya yang berada di tengah dan belakang bas.
"aku ne tak reti speaking English je, kalau tak dah lama aku ajak tidur sama".
Berkecai hati saya. Sanggup berkata sebegitu di khalayak ramai. Memang perkataan itu tidak patut langsung wujud tapi keadaan ini menggambarkan betapa kritikalnya masalah ummat sekarang sehingga hilang rasa malu menyatakan niat untuk melakukan maksiat. Apatalah lagi dihadapan orang ramai. Hurm T_T kesian.
Kita sebagai muslim perlu menyatakan syahadah kita dari segi lisan dan perbuatan. Tetapi jelasnya perbuatan kita pada hari ini langsung tidak menggambarkan syahadah kita. Langsung tidak mempamerkan keimanan kita pada Allah. Hanya kata-kata syahadah dalam solat tetapi kita tidak mengimaninya pun. Nauzubillah. Ya Allah berilah petunjuk kepadaku, hamba yang hina ini. Mungkin saya sedikit emosional, bagi sesetengah orang itu mungkin gurauan, tapi bagi saya, adalah sangat tidak patut untuk berkata begitu meskipun untuk bergurau.
Memerhatikan dunia yang kucar kacir dengan manusia dan bencana alamnya terasa diri terlampau dimanjakan, tidak serious, dan macam kanak-kanak yang sibuk dengan mainan kanak-kanak. Tanggungjawab kita untuk mengubah keadaan ini dengan mengenalkan manusia dengan penciptanya, mengenalkan tujuan hidupnya tidak pernah akan habis. Sebelum tertegaknya Islam di dunia ini , kita kena/mesti tegakkan Islam dalam diri kita. Sebab kitalah yang akan mencorakkannya.
Moga kita semua tsabat dalam mencari keredhaan Allah hendaknya. insyaAllah.
~kerana syurga itu mahal harganya~
1 comment:
ajimann,,
huhuhu
terasa di hati!
teruskan meulis~~
Post a Comment