Assalamualaikum wbt.
sebagaimana rindunya kita pada tanah air untuk bertemu dengan keluarga, ataupun paling tidak, cukup dengan menjejakkan kaki pulang semula ke tanah air tercinta, jauh berat lagi rindu mereka pada al-aqsa. mungkin rasa rindu itu tak seberat rindu Rasulullah pada Mekah, tapi cukup berat untuk ditanggung kerana cinta mereka pada islam yang menggunung!
sedangkan kita, yang hanya duduk sembilan bulan di perantauan sudah meronta-ronta ingin pulang kerana kerinduan.
jauhnya Palestin dari kita!
aku juga rindu ingin menjejakkan kaki di situ kerana itu juga tanah airku yang selama hidupku belum pernah aku jejakkan kaki di situ. islam itu tanah airku! the right of return will never die..
ilal liqa'.
No comments:
Post a Comment