bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
sudah lama rasanya tak menulis. sibuk? entah. malu rasanya nak mengaku sibuk. entah sibuk dengan apa. lebih banyak disibukkan dengan perkara-perkara lagha mungkin. sehingga rasa masih tak punya cukup masa untuk siapkan tasks dari bonda. buku-buku seakan memanggil-manggil minta untuk dibaca, ditunaikan haknya juga. ada buku-buku yang belum sempat disempurnakan haknya sepenuhnya lagi, sudah punya list buku lain pula yang minta ditunaikan haknya juga. dicipta pula beribu alasan untuk menutup kesalahan dan kelemahan diri yang tak menunaikan hak-hak itu!
madrasah ramadhan sudah lama berlalu pergi. terasa diri ni sudah banyak kali tewas dalam pertempuran dengan musuh yang nyata dan nafsu sendiri. tak terbilang di jari ini kerana terlalu banyak. kadang terlepas pandang kesalahan sendiri. ah manusia!
sepanjang cuti ana yang boleh diibaratkan sebagai "cuti summer ganda dua ini", mungkin banyak hak-hak lain yang tak tertunai. maafkan ana kerana tidak menunaikan hak-hak antum dengan sempurna.
Ya Allah, aku tak memerlukan masa yang lebih untuk menunaikan hak-hak ini di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang 'abid dan khalifah. tetapi aku hanya memerlukan keberkatan masa dariMu. ampuni aku Ya Rabb, kerana telah menzalimi hati-hati mereka di saat aku sepatutnya berlaku adil pada mereka. ampuni aku Ya Rabb, kerana menyangka sedang menjalankan tanggungjawab kepadaMu tetapi sebenarnya jauh sekali dari itu kerana aku telah menzalimi banyak hati-hati lain yang membutuhkan sentuhan seorang murabbi.
No comments:
Post a Comment