25-minute-tarbiyyah

bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

sekali lagi saya datang untuk berkongsi tentang kisah saya. sebelum itu, saya cuma nak kata, reading this entry will only take few minutes; not as long as it seems from the title :D

ohh tapi saya nak mula cerita dari sebelumnya bermula tarbiyyah 25 minit sebab tarbiyyah Allah itu kan sepanjang kita bernafas di muka bumiNya. syarat untuk merasai tarbiyyah terus dari Allah ni adalah dengan berfikir tentangNya sepanjang masa! haa ada satu syarat je, senang kan?

beberapa hari yang lepas, saya pulang ke kampung tercinta dengan menaiki bas (that was my first time -__-"). saya tak tahu pakcik tu akan berhenti kat mana, berapa lama, yadaa yadaa yadaa. itu masalah saya yang pertama: tak prihatin.

i'd missed one stop for my zohor and asar prayers. T.T
hati masa tu sangat gundah gulana, takut pakcik tu tak berhenti lagi. dalam kepala cuma fikir, kalau pakcik tak berhenti lagi, kenalah solat dalam bas, dan berwudhu' dengan air mineral. tapi dalam hati berdoa supaya pakcik tu berhenti sekali lagi masa asar nanti.

Alhamdulillah, He grant my wish.

'kita berhenti sampai pukul 5.15 ya', kata pakcik bas dan hati saya melonjak gembira.

saya ada 25 minit untuk solat and get everything done.
pada mulanya saya ke tandas dan beberapa minit kemudian ada seorang lelaki dalam tandas. saya keluar dari tandas dan saya tatap lama-lama tanda yang ada kat luar tandas tu.

'betullah gambar perempuan, tulis pun tandas perempuan..' saya bermonolog *macam cerpen, tak? :D*

saya rasa sangat geram dan sedih masa tu sebab takut dia nampak apa yang dia tak patut nampak dari kaum saya. see, sekejap je Allah nak ubahkan perasaan saya, kan? in just few minutes, saya boleh happy dan saya boleh geram dan sedih.    

jadi, saya pun bercadang untuk ke surau dan meredakan hati yang geram dan sedih ni. hati berkali-kali memujuk, 'ada hikmahnya, ada hikmahnya..'


tapi, saya rupa-rupanya bukan ke surau, tapi saya ke tandas surau. jadi, saya nak berpatah balik dan mencari surau. saya ternampak seorang pakcik ni.

'nak ke mana dik?'


'ohh saya nak ke surau..'


'surau kat sana dik. adik belok kanan ni je..'

then baru saya perasan yang pakcik tu ada memimpin seorang nenek buta dan ingin menuju ke tandas.

secara spontan saya tanyakan padanya, 'nak saya tolong bawakan makcik ni ke tandas?'

in just a blink of an eye, Allah gerakkan lidah saya untuk bertanyakan pada pakcik tersebut. sungguh saya tak terfikir langsung saya akan bertanyakan sebegitu rupa. saya bawa nenek tu ke tandas. pakcik yang menjaga tandas yang duduk di meja pembayaran masuk ke tandas memberi saya masuk secara percuma bila dia nampak saya cuba mengeluarkan duit dari beg.

'murah rezeki hari ni..', saya tersenyum. saya tahu pakcik tu membenarkan saya masuk secara percuma kerana nenek tersebut.

saya menolong nenek tersebut ke tandas dan setelah itu saya beramah mesra dengannya. saat itu saya cuma ada 10 minit untuk menunaikan solat. saya meminta izin nenek tersebut untuk memimpinnya dan meninggalkannya di tempat duduk gerai berdekatan kerana ingin ke surau. saya bersalaman dengannya sebelum meninggalkannya. hati sedikit risau untuk meninggalkan dia berseorangan tapi, ada yang lebih penting perlu ditunaikan.

saya bersalaman dengannya dan sekali lagi, spontan saya katakan padanya, 'terima kasih..'


saya menunaikan solat dan kemudian bercadang untuk menjenguk semula keadaan nenek tadi, tapi masa tak mengizinkan. saya telah terlambat saat itu.

semasa saya dalam bas, saya mula terfikir. Allah memang dah tetapkan semuanya ini untuk saya. sengaja Dia hadiahkan rasa gundah kerana Dia nak berikan rasa gembira. sengaja Dia berikan semula rasa geram dan sedih kerana Dia nak berikan rasa gembira menolong nenek buta.

spontan lahir kata-kata dari lidah saya kerana Dia nak saya menolong nenek buta supaya saya rasa gembira semula! dan spontan juga keluar dari lidah saya, 'terima kasih..' kerana Dia mahu saya mengucapkan terima kasih pada nenek tersebut kerana menjadi pengantara hadiah perasaan gembira dariNya.

dan apabila bas mula meninggalkan tempat tersebut, terus hati saya terdetik, 'nek, saya tak risau lagi nenek sorang-sorang sebab saya tahu Allah jaga nenek kat situ..'


dan saya juga tak pernah terfikir yang saya akan menolong orang buta, macam yang kita belajar masa sekolah rendah.

'berikan saya nilai-nilai murni yang boleh dilakukan', kata cikgu di dalam kelas.


'menolong pakcik buta melintas jalan!', salah seorang anak muridnya menjawab.

dan ada anak muridnya yang merasakan sangat mustahil untuk dia menolong pakcik buta kerana sangkanya pakcik buta pasti tak memerlukan bantuan orang lain kerana dia sudah ada tongkat!

hah. sangkaan anak murid tersebut ternyata salah!
thank you Allah! :)

'Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.' 94:5-6

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com