bumi new zealand,

kalaupun jodoh kita berakhir di sini
disebabkan kau yang semakin lelah mendokong beban yang semakin berat dek tak mahu tunduk pada Penciptamu,
aku takkan pernah lupa janjiku padamu; untuk menegakkan al-haq agar tak terbeban dirimu

kalaupun jodoh kita berakhir di sini
disebabkan usiamu yang kian melanjut
aku takkan pernah lupa saat kau kenalkan si Dia padaku sejak hari pertama kita bertemu.

kalaupun jodoh kita berakhir di sini
tak kira di mana sahaja kakiku akan berpijak nanti,
tetap akan aku tunaikan janjiku padamu
tetap akan aku tunaikan janjiku pada Cinta kita yang satu
tetap akan aku tunaikan janji-janjiku selagi jasad dan roh masih lagi bersatu.

kerana aku tahu akulah rahsia al-haq yang tersembunyi itu.

1 comment:

NAS said...

jangan buat ana nangis.. T_T

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com