Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah,
Terima kasih yang tak terhingga ku panjatkan padaMu atas nikmat SIHAT, nikmat HIDUP sehingga ke hari ini.
Tika ku fikirkan ajalku tiba pada saat gempa itu berlaku;
Engkau masih tidak mengizinkannya berlaku..
Tika hampir sahaja lampu2x itu jatuh satu demi satu;
Engkau masih lagi ingin menyelamatkanku..
Kau beri peluang untukku dan mereka rasai suasana pre-kiamat yg bakal berlaku..
Walaupun sepintas ianya berlalu;
Terlampau banyak kerosakan dan mangsa korban di mataku..
Buatkan aku lebih sedar; '
Aku hanyalah insan yang sangat kerdil di mataMu..
Tapi mengapa ini berlaku Ya Allah?
Layakkan insan kerdil ini bertanya tentang sesuatu yang menjadi ketetapanMu?
Apakah tidak ada lagi insan di bumi ini tunduk padaMu?
Apakah sekarang aku dan mereka terlampau lalai; jauh dariMu?
Sehingga begitu KERAS amaranMu!
Membuatkan hati ini luluh, bergetar dan tersungkur..
Tersedai dek kecintaan pada dunia..
Mengatasi cinta padaMu..
Sungguh...aku malu...
Ya Allah ; Yang Maha Pengasih...
Terima kasih kerna
Kau mengajarkanku erti kesyukuran..
Juga erti kesabaran...
Menghadapi dugaan dalam kehidupan..
Mematangkan diri dalam cabaran..
Kata para sarjana," Syukur itu tinggi dari sabar..kita haruslah bersyukur dgn ketentuan Allah ni..bukan hanya berkata;"sabar je lah, nak wt camana.." Alhamdulillah:)
Jadi, aku bersyukur Ya Allah,
Atas nikmat gempa yang Kau beri..
Kerana Kau tahu, itu yang terbaik!
Buat hamba yang lalai menjadi taat..
Buat yang lemah menjadi kuat..
Buat yang sombong menjadi ramah..
Buat yang hatinya kosong menjadi penuh..
Dan yang paling penting..
Aku rasa apa yang mereka rasa..
Beramai2x mengejar kebaikan..fastabiqul khairat..
Sememangnya aku tidak mampu menghitung nikmatMu hatta setinggi gunung, sebesar lautan nikmat itu masih lagi tidak mampu ku hitung..
Buatlah amal sebanyak mungkin krn kita xkan tahu ajal kita sampai Dia menetapkannya..
Terima Kasih Tuhan
luahan hati seorang hamba
yg selalunya berat utk menulis
tetapi hr ni,
Allah jadikan ianya berlaku..
pandaikan Allah buat semua ini terjadi?
Subhanallah
No comments:
Post a Comment