saya tahu..

..Allah sayang saya sebab..

Dia kurniakan saya seorang sahabat yang tak takut untuk tegur saya bila saya buat salah.
Dia kurniakan saya sebuah keluarga yang tak jemu-jemu mengingatkan saya padaNya.
Dia kurniakan saya kawan-kawan yang menjadi pengganti 'kekasih hati' saya.
Dia kurniakan saya kasih sayang yang melimpah-limpah dari orang yang saya sayang.

tapi.
sekarang, Allah tarik semua orang tu dari selalu berada dengan saya.
sebab Allah taknak lagi mereka jadi perantara kasih sayang Dia pada saya.

Allah nak bagi kasih sayang dia pada saya, direct!

maka, tinggallah saya seorang.
diuji, supaya saya dapat rasa kehadiranNya tanpa siapa-siapa menjadi perantara..

..dan juga kerana Dia tahu saya mampu tinggal seorang, dengan hanya bantuan dariNya yang lebih hebat dari bantuan orang lain.


saya tahu saya beruntung,
lebih lagi dari orang lain sebab saya dapat apa yang orang lain tak dapat.

Dia tahu saya akan jadi lebih kuat hanya apabila diuji,
kerana Dia tahu, theories theories and theories will never work on me.

cuma, hati makin sakit bila rasa tak cukup santapan rohani. ataupun saya yang masih tak cukup kuat usaha lagi?

cukuplah Kau bagiku..

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com