Assalamualaikum wbt.
ketenangan itu adalah rezeki dari Allah. maka ketenangan itu milik Dia, kan? kegembiraan juga milik Dia. semua perasaan datang pada kita atas dasar patuh pada Penciptanya..
walaupun dalam hidup kita, kita selalu didatangi ujian bertimpa-timpa, tapi semuanya memang telah tertulis, dan atas kehendakNya. bukan nasib malang kita yang menentukan.
contohnya, kamu nak sangat usrah, at least satu kali seminggu. ok, minggu pertama tak dapat usrah sebab kamu tak boleh keluar rumah, tak ada kereta dan tak ada orang boleh hantar untuk pergi usrah. jadi kamu ambil alternatif untuk usrah online saja. dua usrah sekali kamu ingin kaut. tapi, tiba-tiba, line internet tak berapa elok. tak apa, mungkin ada lain, kata kamu. jadi, kamu buat satu date dengan seorang akhawat ni, untuk usrah online juga, tapi, Allah tak benarkan juga kerana dia ada hal lebih penting. apa kamu akan buat? *macam kuiz percintaan, kan :D*
look at the bright side, lepas kamu dapat usrah, kamu akan rasa betapa manis apa yang kamu perjuangkan. kamu akan rasa kesusahan itu bukan satu pembunuh semangat, tapi kamu akan rasa kesusahan itu satu yang boleh menyemarakkan lagi semangat kamu menyambung perjuangan kekasih Allah.
ataupun, kamu minta seorang akhawat untuk melawat kamu atas hal-hal tertentu. jadi, kamu pun tetapkanlah hari dan masanya. berkobar-kobar semangat kamu menanti hari tersebut. kamu dengan perancangan kamu, sehingga kamu lupa, Dia dengan perancangan Dia. maka pada malam sebelumnya, tiba-tiba kamu dapat tahu kamu perlu pulang ke kampung melawat tok dan tokki pada hari yang sepatutnya akhawat tersebut melawat kamu. jadi, terpaksa ditangguhkan. kamu rasa sedih, kerana bagi kamu, akhawat adalah pemberi semangat kamu. tapi Allah lebih tahu. jadi, pada hari sepatutnya kamu pulang ke kampung, kata ayah kamu, tak jadi pulang, tapi pulang dua hari selepasnya. jadi, kamu aturkan semula lawatan itu. lawatan yang kali ini ditukar pada keesokan harinya. jadi, kamu pun tunggu. tunggu akhawat itu. tapi gusar juga kamu, kerana ibu bapa kamu tak lekat pula di rumah pada hari itu. sibuk bekerja. begitu juga pada malamnya, masih bekerja. sehingga malam kamu menunggu akhawat tersebut lalu kamu terima satu panggilan daripada akhawat tersebut mengatakan dia tidak dapat lawat pada hari itu. apa kamu buat?
think positive!
ok, ini semua cerita saya. masa saya dapat panggilan tu, saya tersenyum. entah, saya rasakan Dia terlalu dekat dengan saya masa itu, sampai saya rasakan, tak apa akhawat tu tak dapat datang buat masa ni. seolah-olah semangat itu datang, seolah-olah hati itu ada semula.
saya rasa sangat sweet segala perancangan Dia. saya rasa semuanya terhalang, saya rasa makanan ruhi saya tidak sedikit pun bertambah semasa ujian itu menimpa saya, tapi itu semua adalah sangkaan manusia! Dia tahu makanan ruhi apa yang saya perlukan saat itu. bukan usrah, tapi tarbiyyah dzatiyyah dan tazkiyatunnafs :)
disebabkan saya rasa saya banyak kali ditimpa ujian bertimpa-timpa seperti ini, lebih-lebih lagi baru-baru ini, saya rasa sangat-sangat yang Dia sayangkan saya.
dan Maha Kuasanya Dia, sebab Dia kasih, Dia taknak saya jumpa dengan orang lain sebelum hati saya bersama dengan Dia terlebih dahulu. Dia tak mahu orang lain menjadi sebab saya dekat dengan Dia, tapi Dia mahu Dia menjadi sebab saya lebih dekat dengan orang lain!
jadi, even if you feel you were left alone, tryna feel His presence. because He's definitely there but it is for us to find Him, ok?
doakan saya terus tsabat.
well, what more can I say? I love You more and more each day; for every single obstacle you've put me through! Alhamdulillah :)
ilalliqa'! :*
1 comment:
subhanaALLAH!!
Post a Comment