bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Semua orang mempunyai guru mereka masing-masing. Peranan guru adalah bukan sekadar mengajar, malah, mereka juga mendidik. Sahsiah yang ditonjolkan merupakan 'output' kepada pendidikan yang di'input'kan. Baik pendidikan itu, maka baiklah sahsiahnya. Lebih tepat lagi, baiklah akhlaknya.
*ok, cut the crap. buat karangan pulak -__-"
semua orang tahu, hari ini, hari guru, kan kan kan?
hari ini, saya tak nak cerita tentang guru saya, atau guru kamu.
saya nak cerita tentang guru KITA :)
sebelum tu, saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua orang kerana saya percaya, guru saya yang terbaik adalah kehidupan dan al-quran. bagi siapa yang mengenali saya, pasti tahu, bagaimana tarbiyyah (pendidikan) mengajar dan mengubah saya.
jadi, saya percaya, guru kita adalah kehidupan. kalau tidak, masakan kita sekuat ini? kalau tidak, masakan kita setabah ini? kalau tidak, masakan kita seberjaya ini?
dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, itulah guru kita. kerana manusia belajar dari pengalaman. apakah kita akan mengulang kesilapan yang sama? possible, kan. cuma kita manusia akan berusaha untuk tidak jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. cuma, itu adalah ikhtiar dan usaha kita. tapi possible je kita jatuh ke dalam lubang yang sama, kan?
dalam meniti kehidupan seharian, manusia belajar. belajar dan terus belajar. tak pernah berhenti. kehidupan dan pengalaman mendidik kita. dari seorang budak kecil yang tidak boleh diambil mainannya, sehingga kini, kita mampu berdiri sendiri, tanpa mainan di sisi!
siapa yang ajar dan didik kita, kalau bukan kehidupan? dan siapa pula yang membentangkan kehidupan itu, kalau bukan Mahaguru kita?
takkan ada guru tanpa kehidupan, takkan ada kehidupan jika Dia tak benarkan!
guru-guru kita merupakan sebahagian kecil daripada kehidupan. ibu bapa kita sebahagian kecil daripada kehidupan. malah, rakan-rakan kita juga! tetapi apa sebahagian besar daripada kehidupan?
itulah pengalaman.
pengalaman dengan guru-guru.
pengalaman dengan ibu bapa.
pengalaman dengan rakan-rakan.
pengalaman dengan kehidupan kita seluruhnya.
manakan ada pengalaman tanpa Dia izinkan?
di syarahan-syarahan, di dalam perdebatan, kita selalu menyalahkan. kenapa adanya masalah sosial, salah siapa, bagaimana ingin mengatasi. kata kita, cari puncanya dahulu, kemudian cari jalan penyelesaiannya.
dan kita mula meletakkan tanggungjawab di bahu para ibu bapa dan guru.
bukankah didikan sepenuhnya itu daripada kehidupan?
dan bukankah al-quran itu adalah kehidupan?
jadi, mana silapnya?
silapnya pada diri kita sendiri.
kehidupan masih belum sempurna kerana al-quran di dada belum sempurna.
kalau kehidupan masih belum sempurna, apakah sempurna didikan kita?
kerana kehidupan itu adalah guru kita.
puncanya pada kita.
al-quran belum penuh di dada.
kerana belum cukup sempurna kebergantungan padaNya.
sedangkan Dialah Mahaguru kita.
kalau kita tak kembali padaNya,
apakah sempurna ajaranNya,
apakah selesai masalah kita?
nota: sempena hari guru ini, marilahj kita sama-sama menjadikan hari ini permulaan untuk kita kembali mencari Mahaguru kita, agar sempurna guru kita (kehidupan kita), agar sempurna tujuan penciptaan kita.
No comments:
Post a Comment