kueh bakar

bismillahirahmanirrahim..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Resepi kita hari ini adalah kuih bakar
Sememangnya mudah, cepat dan yang paling penting MURAH!
Bagi mereka yang kesuntukan masa untuk berlama-lamaan di dapur
mahupun mereka yang mahu mencuba untuk memikat hati tetapi tidak tahu memasak,
Nah…ini adalah pilihan makanan yang terbaik untuk anda..
InsyaAllah sekiranya anda membuat kueh ini untuk kali kedua, ketiga, atau seterusnya, guarantee anda dapat menyiapkan kuih ini dalam masa 10min.
Ok let talks about ingredient...
Main:
1 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 tin santan (paket pn boleh ^_^)
3 biji telur
1 sudu besar marjerin
Secubit garam
Pewarna hijau
Perisa pandan (if xda essen vanilla pn layanzz)

Side:
Sedikit bijan (hiasan)
Sedikit minyak masak

Ok la..bg kita yang duduk merantau di negara kiwi ne..
Alat utama untuk masakan kita kali ini adalah BLENDER..

ü  Caranya sangatlah mudah..masukkan semua bahan main ingredient ke dalam blender dan putar hingga sebati..p/s: make sure putar jangan terlalu lama hingga blender anda rosak yer
ü  Panaskan loyang dan pastikan minyak masak rata dipermukaannya supaya kuih apabila sudah dibakar tidak melekat di loyang
ü  Masukkan bahan yang sudah diblend ke dalam loyang yang panas tadi dan taburkan bijan di atasnya..
ü  Lastly, masukkan ke dalam oven dalam suhu 180’ selama lebih kurang 50 min…
Bolehla makan bersama yang tersayang ataupun memberi kepada jiran tetangga..

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (2:186)

~selamat mencuba~ ^_^

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com