Bismillahirrahmanirrahim…
Inginku singkap kembali peristiwa pertama di bumi Christchurch , tahun 2010.
Ketika itu, warga Christchurch kembali semula dimeriahkan oleh kedatangan pelajar-pelajar baru. Ya, segala macam perancangan teliti dibuat oleh senior , segalanya2x untuk adik-adik yang dikasihi supaya menyenangkan adik-adik tatkala baru bertatih di bumi kiwi ini. Apa yang diriku ingat ialah, aku dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk memasak dan makanan itu akan segera diberi kepada mereka sejurus selepas mereka menjejakkan langkah di bumi Christchurch.
Sangat indah bukan?
Adik-adik tidak perlu lagi datang dengan kerisauan tentang diri mereka, tidak seperti tempat-tempat belajar yang lain.
Bila teringat tentang makanan ini, ada satu peristiwa yang sangat menarik. Kami menunggu kedatangan adik-adik Lincoln pada pukul 12 malam . Namun, kelibat mereka tidak kelihatan sehingga jam mencecah ke 1 pagi. Berkali-kali kami menelefon mereka tapi tidak dapat. Kerisauan kami mula memuncak sehinggalah adik-adik baru Lincoln menelefon kawanku. Alhamdulillah!
Kami terus menggagahkan diri ke Lincoln . Lincoln merupakan kawasan yang agak pedalaman(aseef!). Jadi, untuk ke sana pada jam 1 pagi bagiku sangat mencabar! Yalah, dahla pertama kaliku memandu, ini pula terus ke tempat pedalaman yang penuh kabus dan tiada lampu itu!
Teringat ayat ini..
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?” [29:2]
Manusia akan sentiasa diuji. Ujian pada akalnya, nikmatnya, hartanya, dan segala macam lagi. Itu semua adalah “test” yang Allah beri pada hambaNya yang beriman. Lantas aku menggagahkan diri pergi ke Lincoln . Alhamdulillah dapat bertemu adik-adik . Kami pulang semula ke rumah jam 4 pagi.
Sekadar hiasan-Honda Civic 1992 Merah-Kuda dakwah yang bergerak ke Lincoln
--------------------------------------------------------
Keesokkan harinya, adik-adik Christchurch harus melaporkan diri di university. Menjadi kebiasaan bagi adik-adik untuk tidak bersarapan kerana mereka masih belum membeli barangan dapur. Jadi, aku menunggu mereka di “student village” sambil membawa bekalan sarapan untuk diberi pada mereka. Selepas mereka habis “berorientasi” di university, kami membawa mereka membeli keperluan dan kelengkapan mereka. Dan yang paling menarik, kami membawa mereka ke Bandar Christchurch. Sangat banyak tempat yang kami tunjukkan kepada adik-adik Lincoln dan Christchurch.Subhanallah, indah bumi Allah NZ ni untuk ditunjukkan pada adik-adik. Moga mereka gembira!
Seminggu sudah berlalu.
Program “Fiqh of Travellers” disusun khas buat mereka. Program ini bertujuan untuk menyedarkan mereka semula akan tujuan hidup di dunia , target mereka di oversea, dan juga persoalan kebiasaan “fiqh” di luar Negara. Adik-adik didedahkan tentang cara-cara untuk berwudhuk ketika bermusafir, makanan halal, syubhah dan haram, hokum solat dan jama’ di luar Negara dan segala macam lagi. Slot ini sangatlah penting buat adik-adik supaya mereka dapat membuka minda, dengan pelbagai benda baru yang harus dipelajari. Harapnya, slot ini diteruskan agar adik-adik yang dating sentiasa didedahkan awal dengan perkara yang harus diketahui.
InshaAllah untuk adik-adik baru, aku ucapkan KIORA, Welcome to Christchurch, The Garden City. Sentiasalah ‘contact’ dengan senior anda. InshaAllah semua akan jadi senang!:)
No comments:
Post a Comment