canteknye bunga!!!!


bismillahirrahmanirrahim

Di kala awal semester dan masing-masing belum sibuk dengan urusan uni, kami mengambil peluang ini untuk berjalan bersama kakak-kakak senior di Christchurch Botanical Garden untuk melihat cantik nya bunga-bunga di musim summer.

on the way: semangat berkobar-kobar

“kita ni datang banyak kali pun, tak pernah rasa bosan dengan tempat ni.”

Subhanallah. Maha Hebatnya Allah, ciptaan-Nya tak jemu untuk kita lihat dan ambil pengajaran Kami duduk dikelilingi bunga-bunga yang pelbagai warna, pokok-pokok yang pelbagai jenis dan itik-itik yang berenang-renang di tasik. Sangat cantik.

Selain melihat cantiknya pemandangan di sana, kami juga dapat mengenali satu sama lain dgn lebih mesra. Baik dengan yang sama batch, mahupun yang lebih senior. Kami juga berkesempatan untuk naik ‘paddling boat’ beramai-ramai. Haa. Pada waktu itulah, sesi sharing dilakukan. Memang lain daripada yang lain. :)


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Niat. Kita semua mendengar perkataan itu sejak kecil lagi. Bila kita solat, mesti ada niat. Bila kita puasa, juga mesti ada niat. Namun pernahkah kita betul-betul menghayati kepentingan berniat dalam kehidupan seharian kita? Adakah niat sekadar untuk ibadah khusus sahaja?
Hadith ini merupakan hadith yang sangat penting bagi kita umat Islam. Ini kerana niat adalah kunci yang membezakan perbuatan kita menjadi suatu ibadah atau tidak. Setiap amalan yang kita lakukan, hasilnya bergantung kepada niat awal kita. Especially untuk kami junior yang baru tiba di Bumi Kiwi ini.

Kita selalu dengar orang kata, ‘dia tu buat tak ikhlas..’. tapi sebenarnya, ikhlas itu bergantung pada niat di hati seseorang itu. Adakah kita boleh tahu hati seseorang? Sehebat itukah kita?

Pernah dengar tak, tentang ikhlas yang digambarkan dengan semut hitam? Ha.. ikhlas itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu hitam, di tempat yang gelap. Tak boleh nampak kan semut tu? Siapa yang tahu ada semut tu berada di situ? Hanya Allah dan semut itu sendiri. Jadinya, ikhlas itu, hanya Allah dan orang yang melakukannya sahaja yang tahu.

Kita tak berhak untuk men’judge’,kan? *maaflah tak terfikir perkatan judge dalam bahasa melayu*
Setiap apa yang kita lakukan, semuanya akan menjadi ibadah apabila niat kita kerana Allah. Niat yang utama kerana Allah, bukan niat kedua kerana Allah. Ok? Dan, sesuatu itu mestilah dilakukan mengikut syara’, baru dikira sebagai ibadah! Simple, kan?

Jadi, marilah betulkan niat kita dalam apa sahaja yang kita lakukan. Kerana Allah sudah berjanji, jika kita tolong agamaNya, Dia akan menolong kita.

Ohh.. sangat seronok tau, sharing atas paddling boat! Ada ramai orang melihat, terasa bangga menunjukkan ukhwah yang terjalin. 


No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com