Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..Masih diberi kekuatan untuk menconteng-conteng diblog ni..
First step untuk menghasilkan makanan yang sedap lagi menyelerakan, kita perlu menyediakan bahan-bahan.
Sama juga untuk diri kita di dunia ini. Untuk mendapatkan syurga Allah, kita perlulah menyediakan diri untuk kembali kepadaNya. So kite kena sediakan dengan apa??? Fikir2 kan....- 1 biji kek gulung @ 1 lapis triffle base (boleh beli di countdown) -saya prefer kek gulung sebab lagi sedap ada jem ^_^
- 1 tin susu cair (jom boikot NESTLE)
- 1 sudu besar gula
- 4 sudu besar tepung kastard
- 1 mangkuk air
- 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya (kalo tiada pn xpe tapi kalo ada pasti lagi sedap)
- 1 peket agar-agar jeli Greg (dalam paket- ne je halal di sini ea rakan-rakan)
After sediakan bahan-bahan, boleh la kita start projek triffle kita ini..
Mula-mula kita potong bulat kek gulung dan susun dalam bekas.
Toskan buah-buahan campuran dan susun atas kek gulung tadi.
Toskan buah-buahan campuran dan susun atas kek gulung tadi.
Kemudian bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk dan panaskan dengan api yang kecil.
Masukkan susu cair dan gula dan masak hingga pekat dan likat.
Masukkan susu cair dan gula dan masak hingga pekat dan likat.
Kastard yang sudah dimasak tadi dituangkan ke atas buah-buahan campuran yang telah disusun.
Lastly, tuang jeli yang sudah sebati ke atas kastard (make sure kastard sudah mengeras supaya jeli tidak bercampur dengan kastard)
Untuk menambahkan selera, simpan dalam peti ais dan boleh dihidangkan apabila jeli sudah mengeras.
Saya ingin berkongsi analogy bole besi apabila melihat triffle ne..
Pastinya ramai sudah mendengar analogy bola besi ini, cuma mungkin saya dapat berkongsi kepada yang belum berkesempatan.
Bola besi ini ada 3 lapisan dan mempunyai sifat dimana apabila dipanaskan, bahagian teras akan melebur dahulu dan kemudian bahagian tengah dan akhir sekali bahagian luar.
Ringkasnya dalam konteks diri kita as a muslim,
bahagian teras= aqidah ~keyakinan
bahagian tengah = tasawwur ~ pemikiran
bahagian luar = akhlak ~ perbuatan
Kita ambil contoh, if kita yakin sistem liberal adalah benar, so pemikiran kita adalah pemikiran yang liberalism dan perbuatan kita akan menjurus ke arah itu.
Jadi if aqidah kita, keyakinan kita sepenuhnya kepada ISLAM, maka dengan sendirinya fikrah kita adalah fikrah ISLAM, yakni cara kita berfikir adalah dari aspek ISLAM itu sendiri, akhlak kita yang tergambar juga seharusnya akhlak yang dianjurkan ISLAM.
InsyaAllah setakat ini dulu saya menconteng2..selamat mencuba ^_^
No comments:
Post a Comment