bismillahirahmanirrahim
dua penyampai.
dua pilihan.
dua kisah silam.
satu pegangan, dua kefahaman.
satu kesungguhan, dua cara.
satu ketidakpastian, dua janji.
bukan keduanya pilihan aku.
tetap umat yang lebih layak menjadi tempat di hati.
tetap umat yang lebih layak menjadi tempat di akal ini.
tetap umat yang lebih layak menjadi tempat dalam pegangan diri.
selagi mana umat ini masih tenat,
selagi mana Dia yang pasti tak merelakan,
selagi mana Dia belum aku pasti dapat kutemui,
bukan keduanya pilihan aku.
kerana umat lebih memerlukan aku,
dari aku memerlukan salah seorang dari kamu.
No comments:
Post a Comment