bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kami semua telah selamat sampai di rumah setelah beberapa hari mengikuti jaulah ke Nelson.
sungguh cantik perancangan Allah, merancang untuk saya turut serta dalam jaulah ini, walaupun sedikit teragak-agak pada mulanya.
jaulah ke Nelson telah banyak mengajar saya untuk men'tadabbur' alam ciptaanNya. dari segenap inci di muka bumi ini, segala-galanya indah dan ada ibrahnya.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. 3:190-191
bagi memudahkan perjalanan, kami telah me'label' setiap kereta dengan nama-nama para sahabiah. bukan itu sahaja, ahli-ahli kereta juga dibekalkan dengan kisah sahabiah untuk kereta masing-masing.
saya pula berada dalam kereta Sumayyah. mungkin kebanyakan daripada kita lebih 'arif tentang kisah Sumayyah, kan? tapi tidak bagi saya pada saat itu.
saya belum 'arif tentang ceritanya, yang saya cuma tahu, dia dan suaminya diseksa, dan dia mati disula. cerita yang biasa orang lain tahu.
tempat persinggahan pertama kami ialah di sebuah pantai. err sebenarnya saya tak berapa ingat nama tempat tersebut. hihi. kami solat zohor dan asar berjemaah di situ, beralaskan tikar. itulah pertama kali saya solat secara terang-terangan, bukan di surau. terasa ada mata-mata yang memandang semasa kami menunaikan solat.
tetapi, tak sedikit pun rasa takut untuk solat di situ. malah, yang ada, cuma perasaan izzah dalam diri, kerana membawa identiti islam saat itu. solat betul-betul di hadapan laut di atas tanah ciptaan Dia, diri ini terasa sangat-sangat dekat dengan Dia saat itu.
setelah solat zohor dan asar di situ, kami memulakan perjalanan semula dan kami bermalam di backpackers. selepas solat maghrib, kami bertukar-tukar kisah sahabiah kereta masing-masing. pagi itu, sebelum memulakan perjalanan kami semula, kami melakukan sedikit senaman pagi sambil menghayati maksud surah as-syams.
tak semua antara kami yang saling mengenal satu sama lain. jaulah kali ini melibatkan 3 locality iaitu Dunedin, Auckland dan Christchurch. walaupun berbeza locality, berbeza course, berbeza tempat persediaan,
ukhwah yang terjalin atas dasar mencari jalan keredhaanNya ini mengeratkan lagi hubungan antara kami. walaupun baru beberapa hari bersama, terasa sudah begitu lama berkenalan.
terdapat banyak tempat lagi yang kami singgah dalam jaulah kali ini. kebanyakan tempat yang kami pergi merupakan tempat yang sangat cantik dan melatih saya untuk sentiasa berfikir tentang alam ciptaanNya ini.
pada malam kedua, kami tinggal di backpackers yang lain pula. kalau tak silap saya, namanya the barn. kami tiba pada waktu malam di situ. oleh kerana tiada lampu di situ, kami mengambil barang keperluan di kereta
dengan bantuan lampu kereta. di sinilah saya terasa diri sangat rapat dengan 'Harun' saya. sedangkan pada masa itu, saya tak berapa kenal dengan dia. persamaan perwatakan antara kami membuatkan saya rasa mudah mendekati dia.
malam itu, setelah selesai solat maghrib, ada antara kami yang bertugas di dapur untuk menyiapkan jamuan bbq. sementara itu, kebanyakan kami yang merupakan pelajar tahun pertama di New zealand diminta untuk turut serta ber'star gazing'
setiap yang Allah takdirkan itu, ada hikmahnya. ketiadaan lampu di situ memudahkan kami untuk melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit ciptaaan Dia. sungguh indah. kami diberi masa untuk menghayati alam ciptaan Dia. subhanallah.
setelah itu, kami diminta untuk berkongsikan kathirat kami semasa kami melihat alam ciptaan Dia. beberapa orang antara kami berkongsikan tentang kathirat mereka.
terasa diri sangat kerdil saat itu. terasa diri sangat hina saat itu; masih mampu berjalan dengan bangga di atas muka bumi Dia sedangkan Dialah yang lebih berkuasa.
harun saya juga berkongsikan kathiratnya saat itu. hati terasa lebih dekat dengan dia semasa dia mencurahkan segala isi hatinya. terasa ada sesuatu tentang dia yang buatkan saya ingin lebih dekat dengan dia. lalu dipermudahkan jalan bagi saya.
dalam perjalan ke akaroa, kami ditetapkan kereta masing-masing, supaya kami bergaul dengan akhwat locality lain juga. ditakdirkan pada saat itu, saya dan 'harun' saya berada dalam kereta yang sama. saya mengambil peluang itu untuk mengenal dia dengan lebih dekat lagi. semasa di akaroa, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti. antara aktiviti yang akhwat lain turut serta ialah mengunjungi giant house. saya tak berkesempatan ke sana, tapi mengikut cerita akhwat yang lain, sangat cantik hiasan-hiasan di dalam rumah itu dan semuanya bersaiz besar.
selepas itu, ada antara kami yang ber'dolphin watching'. saya, Harun saya dan beberapa akhwat lain pula memilih untuk ke lighthouse untuk menikmati pemandangan alam ciptaan Dia.
ukhwah yang terjalin atas dasar Allah adalah lebih manis daripada ukhwah yang terjalin atas dasar perkara lain. banyak yang saya pelajari dari harun saya dan akhwat lain.
malam itu, kami yang tidak terlibat dengan dolphin watching pulang dalam satu kereta yang sama, saya dapat rasakan yang kami sangat rapat pada saat itu walaupun kami baru berjumpa dua hari yang lepas.
banyak yang telah kami kongsikan bersama.
malam itu, kebanyakan akhwat dari locality Dunedin tidur di rumah saya. mereka bertolak ke locality mereka pada awal pagi lagi.
hati terasa sebak semasa berpisah. tetapi berpisah di jalan Allah itu indah.
dan sesuatu yang dilakukan kerana Allah itu akan sentiasa bersambung-sambung dan tak terputus-putus, tetapi sesuatu yang dilakukan bukan kerana Allah akan sentiasa terputus-putus dan tidak bersambung-sambung.
Alhamdulillah. banyak ibrah yang saya dapat sepanjang jaulah ke Nelson. walhal dalam perjalanan pulang ke rumah juga kami diberikan tazkirah kematian. Allah akan sentiasa menolong hambaNya apabila
yang dilakukan itu keranaNya. percayalah.
kami akan tetap berdiri teguh di sini, berjuang sepertimana wanita-wanita laskar Islam insyaAllah.
No comments:
Post a Comment