pisang babujah yang sedap!

bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt rakan-rakan!
ya, pada hari ini, mari kita bersama-sama mengenal apa itu babujah. sebelum itu, terima kasih kepada orang yang mengajarkan kepada saya resipi ini. hati saya terus tertawan setelah merasakannya.

sedikit pengenalan tentang jenis makanan ini (mengikut apa yang saya tahu. assif kalau salah info) :
1. makanan ini berasal dari negara Brunei
2. sesuai dimakan semasa tea time, juadah berbuka puasa, dan boleh juga menjadi makanan untuk ke usrah :)
3. mudah seperti 1 2 3, tak memerlukan kepakaran memasak. saya lah tu -___-"

seterusnya, sebelum saya membentangkan cara-caranya yang mudah, saya tidak mahu rakan-rakan rasa takut dengan namanya. saya sudah biasa dengan beberapa respon seperti :
'ini makanan apa yang ko buat ni..pelik je?'
'aku ingat makanan dari india. bunyinye macam indian food'


dan setelah mereka merasa resipi tadi, responnya begini pula:
'eh sedaplaaaa..' *sama seperti respon saya semasa mula-mula rasa. B-)*


tapi, kata orang, belum cuba belum tahu!
ya, mari mencuba.

bahan-bahan yang diperlukan *ada ala-ala chef kan :D *
1. kulit popia
2. chocolate bar/ chocolate spread/ choc masakan
3. pisang yang sesuai untuk dibuat cekodok. *tapi bukan nak dibuat cekodok tau*
4. susu pekat (jika yang disediakan adalah choc masakan)

cara-cara penyediaan:
1. jika rakan-rakan memilih untuk menggunakan chocolate bar, choc itu perlulah dipotong kecil-kecil. tetapi jika yang disediakan itu choc masakan, cairkan dahulu choc tersebut, dan kemudian, tambahkan sedikit susu pekat dan kacau hingga sebati.

2. hancurkan pisang sehancur-hancurnya seperti pisang yang dibuat cekodok.

3. letakkan pisang di atas kulit popia, dan chocolate yang telah siap tadi di atas pisang tadi.

4. lipat seperti melipat popia.

5. siap!

mudah kan?
selamat mencuba rakan-rakan!

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com