Ramadhan Tiba

bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah atas nikmat iman, ukhuwwah dan usia yang dikurniakan Allah yang membolehkan kita bernafas sehingga hari ini. Syukur kepada Allah, akhirnya kita dipertemukan juga dengan ‘tetamu’ yg kita nanti-nantikan sepanjang tahun ini. Bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan yang telah Allah janjikan ganjaran berlipat kali ganda untuk sesiapa yang mencariNya. 

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa.”
[Al-Baqarah: 183]

Bagi kami di Dunedin, rata-rata menyambut Ramadhan buat pertama kali di perantauan. Sudah tentu suasana dan waktunya jauh berbeza berbanding di tanahair. 

Dari segi waktu, Ramadhan kali ini jatuh di musim winter. Alhamdulillah, malam menjadi panjang, siang pula pendek. Musim sejuk ini adalah rahmat bagi org mukmin tambah2 di bulan puasa di mana sahurnya lewat (lewat sdikit berbanding Malaysia) dan waktu berbuka sangat awal, seawal jam 5-6 petang. Bila difikirkan kembali, betapa Allah telah memberi kesenangan untuk beribadah bagi yg ingin mencariNya di bulan mulia ini. Manakan tidak, malam yang sangat panjang membuka peluang sebesar-besarnya untuk beribadat dan mencari keampunan Allah. Tiada halangan utk bangun di sepertiga malam jika waktu malam di bulan Ramadhan ini dimanfaatkan sebaiknya. Mungkin, tidur awal dahulu, kemudian bangun di waktu sebelum sahur. Nah, sekarang waktu bukan lagi penghalang utk benar2 ‘mencari cinta’ di bulan ini. Allah telah berikan kelonggaran dari segi waktu, semuanya terletak pada diri sendiri utk benar-benar berusaha mendekatkan diri denganNya. 

Suasana pula, sememangnya jauh berbeza dari Malaysia. Tidak sah Ramadhan di Malaysia tanpa bazaar-bazaarnya.  Di sini, di Dunedin khususnya, bazaar Ramadhan hanya sekali sepanjang bulan ini. Jika difikirkan kembali, benarlah, bukan bazaar yg memberi simbol bagi Ramadhan. Kerana di sini, Ramadhan tetap meriah, malah lebih bermakna walau tanpa bazaar. Yang penting adalah bagaimana kita mengisi Ramadhan itu sendiri. Selain dari puasa, menahan diri dari perkara2 mungkar, sudahkah kita isi Ramadhan kita dengan amalan-amalan sunat lain? Sudah cukupkah amalan kita utk menggapai cintaNya di bulan ini? So, teman-teman dan diri sendiri, jom lah kita penuhkan malam2 Ramadhan kita ini dengan mendekatkan diri kepadaNya. 

Waktu sudah ada, peluang pun masih terbuka selagimana kita masih diberi kesempatan utk bnafas di mukabumiNya, jadi apa lagi yang ditunggu? ‘Tetamu’ kita sudah sampai, jadi jangan disia-siakan kehadirannya selagi ada. ‘Layanlah’ dia dengan layanan yg terbaik!  






moga ramadhan kali ini lebih bermakna

ilal liqa'

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com