Sebelum akak bercerita tentang resipi yang mudah tapi lazat ni, suka akak nak berkongsi satu ayat dari manual hidup kita:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."
(Al-Insaan:8-9)
Alrite!!First thing first, kena la sediakan bahan-bahan untuk memasak:
1. Bawang merah(shallots)/besar -5 biji/1 1/2 biji
2. Bawang putih -5 ulas
3. Serai -3/4 batang
4. Halia -1 inci
5. Kunyit -secukup kuning
6. Ayam(^_^) -seekor
7. Garam -secukup rasa
8. Air -secukupnya
Selepas semua bahan sudah disediakan ie sudah dihiris, dipotong dan sebagainya, tumis semua bahan kecuali ayam. Bila bau tumisan dah sedap, masukkan ayam dan air. Masukkan air sehingga setara atau lebih sedikit dari ayam. Kemudian tunggu hingga ayam masak. Maka siaplah sudah..hee
Kalau nak lagi senang, anda tidak perlu menumis. Masukkan semua bahan dalam periuk, kemudian terus masak. (Lagi mudah,cepat dan sihat insyaAllah).
p/s:
Memasak- satu aktiviti yang kita selalu kena buat sebab kita kan selalu nak makan,kan2?:)Dan utk menjamu insan-insan tersayang di sekeliling kita.Aktiviti ni pun satu ibadah yang boleh bantu kita tambah sangat banyak pahala. Dengan syarat, kita buat kerana nak redha Allah. Buat tanpa mengaharap balasan hatta ucapan terima kasih sekalipun. Easy to say, not to do. Sebab tu la kena selalu melatih diri untuk ikhlas.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment