Alhamdulillah, sayangnya Allah kpd kami! Sewaktu hati-hati ini terleka, Allah telah mentakdirkan kami untuk duduk bersama untuk mengisi rohani kami. Alhamdulillah baru-baru ini kami berkongsi mengenai muqadimah fil zilal. InsyaAllah kita ringkaskan dan ambil ibrah bersama walaupun hanya dapat berkongsi hingga perenggan keenam sahaja.
Pernah anda mendengar atau membaca tafsir fil zilal? Tafsir ini adalah karangan As-syahid Sayyid Qutub. Beliau dapat merasakan nikmat hidup di bawah bayangan Al-Quran dan dikongsikan bersama kita dalam tafsir ini. Bukan sekiranya kita duduk di bawah pokok yg rendang akan terasa damai dan tenang? Begitu lah juga apabila kita hidup berlandaskan Al-quran.
Apabila beliau berkata betapa nikmatnya hidup di bawah bayangan Al-quran, saya cuba untuk muhasabah diri. Bukankah kita mengatakan Al-quran adalah panduan/manual/petunjuk hidup kita. Tetapi bagaimana kita menghayati Al-quran dalam diri kita? bagaimana kita mengaplikasi al-quran dalam hidup kita?bagaimana kita mengamalkan al-qauran sebagaimana yang Allah mahukan seikhlas hati, sepenuh hati dan kecintaan kita? Allah sangat sayangkan kita rakan-rakan. Sangat sayang hingga tidak mahu kita terjatuh ke dalam lubang kehinaan dengan menunjukkan jalan yang lurus. Menunjukkan kita jalan menujuNya melalui Al-quran.
Ya, kalo diikutkan Sayyid Qutub hanya menyedari erti keislamannya setelah berusia 40tahun. Tetapi subhanaAllah bagaimana dia benar-benar memahami Al-quran sehingga terpancar bukan sahaja pada kehidupannya malah di hamparan-hamparan kertas yang dapat digunakan hingga hari ini. Kita perlu bagaimana???Banyaklah berdoa dan mujahadah untuk mencari keredhaan Allah. Chayuk! [29:69]
- Perenggan pertama dan kedua
- Perenggan ketiga
Sahabat yang disayangi.. Allah cintakan hambanya dengan memberi pesanan, peringatan, amaran dan cerita kisah2 umat yang terdahulu. Seharusnya kita membaca surat cinta dengan hati kita, hadirkan hati kita bersama, bukan dengan akal sepertimana kita membaca buku-buku sains kita. Sekiranya kita mampu menangis la pada ayat-ayat ancaman dari Allah..Moga hati kita lembut dan mudah untuk ditarbiah dari Allah.
- Perenggan keempat
Manusia umum hanya mempunyai cita-cita kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak? Kanak-kanak hanya memikirkan mengenai dunianya, imaginasinya hanya di dalam ruang lingkupnya.. Kan kita selalu berkata apalah budak-budak ini main masak-masak guna daun, bukan boleh makan pun. Macam tu la juga kita sekiranya kehidupan kita ini hanya bercita-cita untuk kesenangan dunia semata-mata.Tidakkah syurga itu mengiurkan kita?? Kehiduapan di sana ibarat infinity>>tiada penghabisannya jika dibandingkan dengan dunia yang sementara ini..
Apabila Al quran menjadi pedoman kita, nescaya amaln kehidupan kita di dunia ini boleh ditransform kan kepada pahala di akhirat. Study, makan, tido, kerja kita semuanya untuk Allah, ibadah untuk Allah..Niat untuk Allah, Hadith satu dari hadith nawawi. Contohnya, apabila kita memahami tujuan hidup sebagai hamba [51:56] dan khalifah [2:30], kekayaan kita bukan lagi untuk bermegah-megah kepada jiran tetangga, saudara-mara tetapi digunakan untuk membantu menegakkan al-haq dibumi Allah ini. Kita tidak lagi menjadi seperti kanak-kanak yang petah berkata-kata tetapi tidak membawa manfaat kepada manusia lain. Moganya perkataan yang keluar dari bibir kita adala zikirrullah atau peringatan bersama mukmin yang lain.
- Perenggan lima
Yang pertamanya adalah tanggapan kita pada alam wujud ini.
Tanggapan akan mempengaruhi gerak-geri kita. So, if kita percaya bahawa dunia ini hanya sementara, kita akan membuat bekalan untuk hari akhirat nanti. Keyakinan yang mantap mengenai adanya hari pembalasan adalah dari membaca ayat-ayat di dalam al-quran.
Yang kedua adalah memberi fahaman bahawa mengapa Allah menciptakan manusia.
So balik pada ayat [51:56] dan [2:30] iaitu sebagai hamba dan khalifah.
Yang ketiga pula apa matlamat penciptaan alam
Alam ini untuk kita [2:29]..untuk bantu kita menjadi hamba dan khalifah kepada Allah.
Analoginya seperti seorang pekebun sayur..untuk mendapatkan sayur, dia perlukan tanah, air dan ect. So kt sini air dan tanah adalah bahan untuk benih menjadi sayur. Begitu la juga alam ini. Menjadi bahan untuk kita taat kepada Allah.
Persepsi muslim dan kafir tidak akan sama. Mereka hidup dalam dunia materialistik dan tidak percaya pada kekuasaan Allah. Bagi muslim kita percaya bahawa usaha itu perlu bersama doa dan tawakal kepada Allah. Kita sedar bahawa study smpai bengkak mata pun sekiranya kita tidak mendapat keizinan Allah untuk cemerlang, makanya kita tidak akan berjaya, Itu keyakinan yang membezakan kita dan mereka. [5:66]
- Perenggan enam
Fitrah manusia adalah kembali kepada Allah.
InsyaAllah, moga-moga pengisian yang sikit ini dapat memberi satu dua manfaatkan kepada kita semua. w'alam
No comments:
Post a Comment