Homemade Mushroom Soup

Bismillahirahmanirrahim

Bagi sesiapa yang sukakan sup cendawan yang lebih sihat, tanpa MSG ataupun apa-apa pengawet, Homemade Mushroom Soup adalah jawapannya!

Dalam masa yang sama boleh juga mengelakkan diri daripada bergantung pada produk yahudi yang memasarkan berbagai jenis makanan segera, termasuk mushroom soup :)

Kelebihan yg paling utama ialah, ia sangat senang untuk disediakan. Hehe :)

Sila la cuba ye!

Bahan-bahan:

1 biji ubi kentang
1 tin cendawan
1/2 tin susu cair
Garam
Lada Sulah

Cara penyediaan:

  1. Rebus ubi kentang bersama 1/2 tin cendawan hingga lembut.
  2. Setelah lembut, blender ubi kentang dan cendawan tersebut beserta air rebusan tadi. Tambah susu cair dalam bahan-bahan tersebut.  
  3. Masak bahan-bahan yg dah diblender tadi di atas api. Masukkan lebihan cendawan. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

Siap! Makan panas-panas dengan garlic bread. Sedap~

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com