Assalamualaikum wbt
Artikel kali ini hanyalah pengalaman saya semasa belajar di New Zealand. Yang sebenarnya telah menguji sekuat mana keimanan saya tanpa sy sedari. Mungkin ada yang dah pernah dengar cerita ini tetapi rasanya masih ramai yg tak tahu. Jadi, saya tergerak hati utk berkongsi dgn anda semua tentang sesuatu yang telah mengubah diri saya dan mungkin juga bakal mengubah diri anda, dgn izin Allah :)
Hari itu ialah hari rabu. Hari yg paling free utk semester kedua. Saya cuma ada tutorial English pada pukul 11 pagi. Tetapi, saya keluar rumah awal hari itu sebab mahu print sesuatu di ruang legar sebuah dewan kuliah yang berhadapan dengan rumah saya. Selesai sahaja kerja tersebut, saya duduk di tempat yang disediakan sementara menunggu tutorial bermula. Waktu itu jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.
Ketika saya sedang membaca bahan tutorial pd hari itu, seorang perempuan mat saleh datang menghampiri saya. Katanya, hendak meminta saya menjawab beberapa soalan survey. Memandangkan masih ada banyak masa sebelum tutorial bermula, saya pun bersetuju.
Perempuan itu memperkenalkan dirinya dan juga persatuan yang dia wakili. Rupanya persatuan itu adalah persatuan yang aktif menyebarkan kristian di kalangan pelajar-pelajar universiti. Ada sedikit perasaan tidak senang apabila mengetahui tentang itu. Tapi, disebabkan saya dah setuju, saya pun teruskan dgn menjawab soalan survey itu.
Antara soalan yg dikemukakan ialah siapakah Jesus bagi anda? Apakah elemen terpenting dalam hidup anda? Soalan-soalan yang ada kaitan dengan agama dan kepercayaan kita. Saya selesai menjawab dalam masa 5 minit. Kemudian perempuan itu bertanya jika saya mahu mendengar penerangannya tentang agama Kristian. Saya melihat jam dan masih ada masa sebelum tutorial bermula. Saya buat keputusan untuk mendengar kerana sebelum ini saya hanya mendengar cerita dr kawan-kawan yg dihampiri oleh orang-orang sebegini. Sebelum dia mula bercakap, saya bersungguh-sungguh doa di dalam hati agar Allah menjaga hati saya supaya tidak terpesong setelah mendengar bicaranya.
Dia mula bercerita tentang kekerdilan manusia dan bagaimana manusia itu tidak sempurna dan mengaitkannya pula dengan kewujudan Jesus sebagai anak Tuhan utk mengatasi ketidaksempurnaan itu. Baginya, itu adalah sesuatu yang logik. Saya hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Waktu itu, saya tersedar yang ilmu tentang agama saya belum cukup untuk berhujah dengannya. Saya juga tidak mahu berkata tentang sesuatu yang saya tidak tahu. Kebanyakan masa saya hanya mendengar. Sekali sekala saya berkata sesuatu apabila dia meminta pendapat saya.
Akhirnya, dia berkata kepada saya,
"Adakah awak percaya dengan apa yang saya katakan?"
Dengan yakin saya menjawab,
"Maaf. Saya masih percaya dengan agama saya."
Waktu itu, saya dapat lihat wajahnya menunjukkan perasaan tidak puas hati. Dia terus berkata,
"Jangan percaya dengan agama yang awak anuti sekarang hanya kerana awak dibesarkan dengannya. Tetapi, percayalah dengan agama yang benar."
Saya hanya tersengih melihat dia berkata seperti itu. Dalam hati saya berkata,
"Aku pun boleh kata agama kau tak benar dan agama aku lah yang benar."
Saya tamatkan perbualan dengannya kerana sudah pkl 11. Dalam keadaan kelam kabut, saya berlari ke bilik tutorial. Tidak langsung terfikir akan apa yang diperkatakan oleh perempuan kristian itu.
Selesai tutorial, saya pulang ke rumah. Tiba-tiba saya teringat semula kejadian pada pagi itu.
"Percayalah dengan agama yang benar."
Ayat itu terngiang-ngiang dalam telinga saya. Saya mula fikirkan sesuatu. Bukan memikirkan yang agama kristian itu adalah agama yang benar, tetapi terfikir tentang perempuan itu yang sangat kuat keyakinan pd agamanya sehingga boleh mengatakan pd orang lain yg kristian adalah agama yang benar.
Saya tertanya-tanya, beranikah saya hendak mengatakan pd orang lain yang Islam itu agama yang benar? Jawapan yang saya jumpa ialah, saya tidak berani.
Timbul pula soalan lain, mengapa pula tidak berani sedangkan saya yakin yg Islam itu benar?
Saya tahu jawapannya ialah saya tidak dapat membuktikan yg Islam itu benar.
Soalan lain, kenapa saya tidak dapat buktikan?
Jawapan yg saya jumpa hanyalah, keimanan serta ilmu saya terhadap Islam belum cukup.
Keimanan yang saya ada sekarang hanyalah satu kepercayaan yg kosong yang tidak diterjemahkan dengan amal.
Dengan kata lain, jika saya kata Islam itu agama yang benar, tentu semua yang dibawa dalam Islam itu juga benar. Jika semuanya benar, mesti saya akan amalkan semuanya. Bila difikir balik, saya tak amalkan semua yg ada dlm Islam. Ada yg dipilih mengikut kesesuaian diri. Dan disebabkan itu, saya tidak mampu hendak mengatakan Islam itu agama yang benar.
Analogi lain, jika saya kata aiskrim itu sedap, sepatutnya saya lah org pertama yang makan aiskrim itu. Adakah orang akan percaya aiskrim itu sedap jika saya pun tak nak makan aiskrim tersebut?
Begitu juga Islam. Anda hendak katakan Islam itu benar? Maka, benarkanlah dengan amalan anda. Secara keseluruhan. Supaya orang tidak akan mengungkit, jika apa yang dibawa oleh Islam itu benar, mengapa awak tak amalkannya pun?
Hal ini mengingatkan saya kepada ayat Allah yang berbunyi,
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (al-Baqarah: 208)
Pertemuan singkat dgn perempuan kristian itu membuka mata saya. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik pengatur. Tidak saya sangka perbualan yang bermula dgn rasa tidak senang itu membawa satu mesej baru ttg Islam yg sebelum ini saya tak pernah kisah pun.
Kepada anda yang hendak menjejakkan kaki ke negara yg Islam hanya minoriti, bersedia utk perkara seperti ini. Kerana kita sudah terbiasa hidup di Malaysia yg penyebaran agama lain tidak berlaku secara terang-terangan. Jadikanlah diri anda seorang muslim yang kalis imannya dari pengaruh-pengaruh luar serta kalis hatinya dari sebarang syak wasangka terhadap Islam.
Satu perkara yang seronok tentang belajar di luar negara ini, mata anda lebih terbuka luas utk memandang setiap peristiwa itu membawa mesej yg tersendiri. Bukan berlaku dengan sia-sia.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membawa manfaat kepada kita semua :)
InsyaAllah.
p/s: maaf jika post terlalu panjang :)
1 comment:
salam :)
sukalah entri ni..
tak pernah ada pengalaman macam ni.
cuma ada pengalaman org lain nak tahu pasal islam je. tu pun rasa mcm tak memuaskan hati org yg nak tahu tu je T.T
moga dia dapat hidayah..
Post a Comment