finals

bismillahirahmanirrahim

Sedar tak sedar, hampir sembilan bulan dah berlalu. Final exams dah pun tiba. Terasa cepat betul masa berlalu. Namun dalam masa beberapa bulan di Christchurch ini, banyak yang kami pelajari. Bukan hanya ilmu physics dan mathematics yang bertambah, malah dalam aspek ruhiy juga macam-macam yang kami peroleh. Moga setiap yang kami dapat ini bermanfaat inshaAllah.

Final semester exams bermula 28 Oktober yang lepas. Semua pun sibuk study dengan cara masing-masing. Ada yang stay up, ada juga yang tidur awal supaya dapat bangun awal untuk meneruskan studies.

Bagi saya pula, suasana belajar untuk peperiksaan kali ni berbeza. Jika peperiksaan akhir semester pertama saya hanya duduk dalam bilik dan belajar seorang diri, kali ini saya pergi belajar bertemankan ‘roommate’ sementara saya. Kami bukanlah daripada course yang sama dan kami tak dapat membantu dalam pelajaran masing-masing. Tetapi susah senang dalam studies tetap dikongsi bersama.

Malah sesama sahabat-sahabat lain juga. Saling mendoakan yang terbaik setiap kali selesai solat, saling memberi semangat dan berusaha untuk tidak menyusahkan satu sama lain. Yang mana boleh dibantu, di situlah kami akan cuba untuk meringankan. Unik nya ukhuwwah kerana Allah. Sangat manis.
Sekuat mana atau selemah mana usaha, hasilnya Allah yang tentukan. Sama ada masih di sini atau tidak tahun depan, Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hamba kena akur dengan perancangan Yang Maha Hebat. Tawakkal.

“…kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal. Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak member pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.” Ali-Imran: 159-160.

Namun sunnatullah-nya, usaha itu perlu untuk sesebuah kejayaan. So buat masa sekarang ni, masih ada lagi 3 paper. Kena berusaha sehabis baik dulu!! ^_^
Go go~~~

Di sebalik tekanan peperiksaan, ujian dalam bentuk yang lain tetap datang. Ya, manusia berubah. Jurang yang semakin menjarakkan membuatkan saya hampir putus asa. Selain bermujahadah dalam studies, saya bermujahadah hati untuk terus kuat dan tak kalah dengan ujian. Ujian yang membuktikan bahawa Dia tak pernah lupakan hambaNya. Mencari-cari sesuatu yang tidak wujud. Penat dan tak berdaya. Moga masa ‘perpisahan’ kita nanti ialah masa yang merawat,bukan masa yang memudharat. Saya tak pasti apakah kesudahan cerita ini. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik kita. Moga sentiasa dalam bimbinganNya.

Tahun 2010 mengajarkan saya erti cinta. Banyak lagi yang perlu difahami. Tapi sekarang, okay la. Boleh faham sikit-sikit. Huhu. Cinta sesama sahabat, cinta sesama housemates, cinta dengan family sama ada di Christchurch mahupun di Malaysia. Dan yang paling penting, cinta antara Rabb dan hambaNya. Tahun 2011 pasti akan berbeza. Mungkin suara dan ketawa yang biasa didengari sudah tiada kerana pulangnya mereka ke tanah air. Mungkin akan ada muka-muka baru yang baru datang dan bersama-sama kami di sini. Mungkin. Cabaran pasti akan betambah hebat. Kena prepare baik-baik dari segi iman, mental, fizikal, emosi, dan semua lah.

Mendoakan yang terbaik. Salam.bismillahirrahmanirrahim

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com