indonesia, fireworks dan new year

bismillahirahmanirrahim

'seorang daie itu flexible..'

Allah lebih tahu, bagaimana sepatutnya kita mendapatkan tarbiyyah dariNya; secara terus dari Dia. kita cuma merancang. kadang-kadang, kita sangka, dengan menghadiri program-program yang dianjurkan dapat memantapkan lagi tarbiyyah dzatiyyah kita. tapi, Allah ada rancangan yang lebih besar dari itu.
bukan dari program itu kita mendapat tarbiyyah. tapi, dengan memastikan program itu berjalan lancar tanpa  mengganggu peserta lain, itu juga tarbiyyah. Dia lebih tahu, kan?

kadang-kadang, tempat program diadakan tidak menepati cita rasa kita. itu tandanya, Dia mahu mengajar kita menjadi lebih flexible. menyesuaikan diri dengan keadaan. mendidik dan melatih diri supaya menyesuaikan diri dengan agamaNya, bukan agama yang disesuaikan dengan kehendak kita. belajar untuk menerima keadaan nampak remeh bagi kita, tapi disebaliknya, Dia mahu menyediakan kita ke arah masalah yang lebih besar untuk kita hadapi. cantik kan, perancangan Dia?

jakarta merupakan satu tempat yang sangat tercemar udaranya. tapi apa yang kita boleh buat? udaranya sendiri sudah tercemar. yang kita mampu buat untuk mengelakkan diri terdedah dari pencemaran udara di sana bukannya merungut atau minta ditukarkan tempat. tetapi yang kita mampu buat adalah memakai mask untuk terus menghirup udara yang kurang segar itu. itulah bezanya antara menyesuaikan diri dengan keadaan dan keadaan disesuaikan dengan kita.

Allah sengaja meletakkan saya di sana, supaya saya sendiri belajar memahami keadaan. supaya saya lebih faham apa ertinya flexible yang selama ini disebut-sebut. flexible adalah tidak merungut. itu yang utama. macam-macam keadaan yang boleh dikaitkan dengan flexible.

kadang-kadang, tempat yang kita menginap terlalu tertutup dan kecil, membuatkan kita menjadi tak selesa. tapi bukan itu perkara utama. perkara utama, adalah untuk kita sendiri mencari titik keselesaan di situ. kebiasaannya, apabila sesuatu program diadakan, kita akan bertemu dengan ramai orang yang kita tidak kenal. oleh itu, untuk mencapai titik keselesaan itu sendiri, kita perlu bergaul dan bermesra dengan mereka.

boleh?

baru-baru ini, saya dibawa oleh seorang rakan untuk melihat fireworks. kami makan di tempat yang agak terbuka untuk memudahkan kami melihat fireworks. sangka saya, hanya pertunjukan fireworks yang akan diadakan pada hari itu. tapi, bukan itu sahaja sebenarnya. ada juga beberapa persembahan dari band-band indonesia di luar mall menyebabkan saya tak selesa berada di shopping mall itu. saya mula terfikir. kenapa perlunya konsert? kenapa perlunya sambutan? untuk menghiburkan hati? bukankah Allah sudah berjanji, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang?

kita selalu berusaha untuk memuaskan hati kita, sehingga berlebihan. tidakkah terlintas di minda kita, kenapa sehingga berlebihan? yang pasti, jawapannya, kerana kita masih belum tenang dengan sedikit hiburan itu. kerana hiburan itu bertentangan dengan fikrah kita yang suka kan kebaikan.

setelah beberapa persembahan, acara fireworks pula diadakan. ramai orang yang melihat, mengagumi kecantikan fireworks. dan kemudian, saya mula terfikir, adakah mereka mengagumi fireworks itu ataupun orang yang mencipta fireworks itu ataupun Pencipta orang yang mencipta fireworks itu? kita selalu lupa, siapa sebenarnya yang menciptakan.

fireworks tersebut takkan terjadi tanpa konsep physics. lupakah kita, physics adalah ketetapan Allah? jika tiada ketetapan Allah (sunnatullah) akan ada kah segala penciptaan-penciptaan yang mengkagumkan?
cukup bijakkah kita untuk melawan ketetapanNya, sedangkan kebijaksanaan kita itu sendiri adalah atas rahmat Dia yang mengurniakan sedikit kebijaksanaan daripada kebijaksanaan yang Dia miliki.
tidak malukah kita untuk mendabik dada dan tidak tunduk dan patuh pada Dia?

1 comment:

kita said...

wah..thumbs up utk post nihh..!
sgt2 bermakna n ter'kena' pada diri nihh.. :)
insaf skjap,huhu..~

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com