bismillahirahmanirrahim
akal berfikir 'seandainya..'
dan hati mula dicucuk syaitan.
mulalah siri perdebatan hati, antara fitrah dan syaitan;
antara fitrah yang sukakan kebaikan dengan syaitan yang lebih senang menyesatkan.
saat itu fitrah memenangi perdebatan.
makin Kau datangkan syaitan laknatullah ini padaku, makin aku dekat padaMu.
makin Kau uji, makin aku dekat padaMu.
makin kuat pencarian aku terhadap kebenaranMu.
makin kuat aku berpegang pada janjiMu.
kerana saat itu hati semakin yakin, yang Kau takkan tinggalkan aku.
1 comment:
Subhanallah..entri yang sgt mendalam maksudnya..saya sgt suka..itulah yg sepatutnya kita buat sebagai hamba Allah..semakin diuji.semakin dekat kita dengan ALLAH..
salam perkenalan.. :)
Post a Comment