news: baby hatch???

bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wbt.

dipetik drpd  http://heartysays.blogspot.com/


Minggu lepas alhamdulillah saya dapat pulang ke Perak menjenguk keluarga. Seperti biasa apabila pulang ke Perak sekali sekala, saya akan memunggah segala surat khabar didalam rumah untuk dibaca, termasuk yang ibu saya sudah letak didapur untuk digunakan ketika memotong sayur. Al-maklumlah kalau di KL ni malas benar mahu membeli sendiri surat khabar, terasa tak terbaloi kerana setiap hari ceritanya sama cuma berbeza tempat dan watak. Lagi-lagi kes buang bayi, curah asid, kemalangan, dan pergaduhan politik yang memualkan. Lagi pula, kalau di perak ada Sinar Harian versi Perak, sukalah news ni sebab diorang nampak neutral, tak pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Suci tanpa debu heheh..

Punggah punya punggah, saya terjumpa satu artikel yang sangat mengejutkan. Aduhai, saya sangat tidak sangka tahap 'tidak tahu' kita sudah sampai ke tahap kronik. Anda tahu artikel apa? Cuba teka..
Ahh tidak mengapalah, saya pun hilang selera untuk berteka-teki bila berbicara soal ini.. soal apa? ok anda tidak perlu teka.. biar saya jawab sendiri.. Artikel itu tentang pusat perlindungan bayi (Baby Hatch) yang dilancarkan di Hospital Pakar Ipoh (ISH).  

Langkah meletakkan bayi di Pusat Perlindungan Bayi. Jangan risau, identiti si penghantar tidak akan terdedah (apekah?? seperti menggalakkan penzinaan!)
Saya melihat isu ini seperti sepohon pokok tua yang besar yang akarnya sudah diserang virus perosak. Akibatnya, akar pokok tersebut mereput sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya ia sudah tidak mampu lagi mendokong batang pokok yang tinggi menjulang langit. Maka, pokok yang dulu gah berdiri tegak kebanggaan penduduk Kampung Pinang Sebatang kini mula condong ala-ala Menara Condong Teluk Intan. Semakin hari semakin condong apa lagi kalau ditiup angin ribut taufan yang selalu bertandang ke kampung itu. Penduduk Kampung Pinang Sebatang mula cuak. Mereka tahu, kalau pokok ini tumbang alamatnya runtuhlah rumah serta reban ayam mereka. Malah, nyawa mereka juga boleh melayang.

Mensyuarat gempar diadakan bersama Tok Penghulu Kampung, penyelasaian harus dicari secepat mungkin sebelum nasi menjadi kerak. Akhirnya mereka sepakat untuk memotong dahan-dahan pokok itu sedikit demi sedikit, supaya impak akibat tumbangnya pokok besar itu berkurangan. Fikir mereka, kalau dahan-dahan pokok ini dipotong, sekurang-kurang hanya dapur rumah mereka sahaja yang akan dihempap pokok, bukan seluruh rumah..

Ok sekarang dengan otak anda yang geliga itu, beritahu saya samaada penyelesaian seperti adalah bijak atau b***h?? Sila jujur, siapa tipu dosa tau, mati seksa!

Bagi saya, penyelesaian yang bijak adalah apabila ia cuba mengatasi masalah dengan menghapuskan punca sebenar masalah yang menjadi akar umbi kepada masalah utama atau masalah pokok. Hanya dengan menghapuskan atau memulihkan akar, maka pokok akan tumbuh tinggi sihat walafiat. Sebaliknya, solusi baby hatch ini di mata saya seperti hanya mengurangkan, bukan menyelesaikan pun, masalah ranting yang bercambah daripada masalah pokok yang semakin bermaharajalela. Maka antara dua, bijak atau b***h, anda pasti tahu yang mana satu pilihan saya kan?? Anda memang pandai, give a big clap!

Masalah pokok dalam isu ini telah pun di"highlight"kan di sini. Melalui link ini telah ditegaskan bahawa langkah penyelesaian harus bermula dengan menaikkan pimpinan islam yang sekaligus menghapuskan punca akar umbi masalah pokok. Kemudian, melalui sistem pimpinan yang benar-benar islam ini, terlaksanalah sistem islam yang akan membasmi masalah sosial dengan jayanya seperti yang telah dibuktikan melalui sejarah. Kemudian, barulah difikirkan samaada sistem baby hatch ini perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan bayi-bayi yang malang.

Malah seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria,  yang menyokong penubuhan Baby Hatch ini "Bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain" (Dipetik dari sini), jelas menunjukkan bahawa suatu sistem yang betul-betul membasmi masalah sosial yang membarah dalam masyarakat harus diwujudkan.

Maka kesimpulannya, prioriti penyelesaian yang teratas adalah mewujudkan kepimpinan islam, kemudian melaksanakan hukum islam, dan kemudian barulah penubuhan baby hatch. Dipetik dari sini:

Ketika ini, tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Menggabungkan diri bersama gerakan Islam.
2. Memperjuangkan pimpinan yang melaksanakan Islam.
3. Mencegah kemungkaran dan menegak kemakrufan.
4. Menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah Islam.

Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka lakukanlah ia sekaligus. Iaitu melaksanakan keempat-empat perkara ini tanpa mengabaikan salah satu darinya kerana keempat-empatnya adalah penting.


ilal liqa'

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com