tarbiyyah ! :)

bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

ini kisah saya. saya hanya seorang manusia biasa *err common la orang kata cam ni, kan?*
saya mendapat tarbiyyah di bumi New Zealand. di bumi kiwi ni lah saya mendapat tarbiyyah! sebelum ni, saya tak pernah kenal erti tarbiyyah, malah tak pernah dengar pun!

tarbiyyah direct dari Allah inilah yang membuatkan saya berubah. ohh, sebelum saya lupa. saya nak cerita macam mana saya boleh dapat fly. bukan usaha saya, tapi kehendak Allah. usaha saya sahaja tak cukup.

kalau dilihat usaha tu langsung tidak setanding dengan hadiah yang Dia beri! saya bukanlah seorang yang cerdik pandai bijak, bahkan pemalas*sekarang dah tak, sebab banyak kerja kena fikir!*. tetapi, pernah terdetik di hati saya, 'aku nak fly sebab aku nak berubah'


man yuridu bihi khairan yufaqqihu fid din, kan?
siapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, akan Dia berikan kefahaman dalam agama.

disebabkan niat saya yang satu itu, maka Dia mudahkan segala-galanya! Subhanallah, cantik kan perancangan Pencipta kita?

dan sekali lagi, saya diuji, sama ada ingin memilih untuk meneruskan pengajian di bumi New Zealand ataupun ******** ataupun ********. hati dah gundah, memang takdir itu terletak pada Allah. berserah! di mana sekalipun Kau letakkan aku, aku akan tetap menjadi benih yang akan tetap tumbuh di mana-mana DAN memberi manfaat pada orang lain. maka Kau tetapkanlah tempat terbaik untukku untuk tetap menegakkan agamaMu, Ya Rabb.


berserah! itu sahaja yang mampu.

kata mak, 'buatlah solat sunat istikharah..'
kata hati, 'jawapan ada dalam alquran!'
kata kak ****, 'tak kisah mana-mana pun, mungkin kat tempat tu lebih memerlukan'
kata ayah, 'betul ke nak teruskan?'


firman Allah pula, 'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' 47:7


hah. dan jawapannya memang ada pada Dia. InsyaAllah, saya akan tetap berjuang di tempat bermulanya saya mengenal tarbiyyah!
terima kasih Ya Allah, dengan pendirian ini! :)
will see you there insyaAllah ^^


i've made my decision, because He already did!


nota hati: ada adik-adik yang comel pernah bertanya, 'akak, kenapa semua akak-akak yang datang semua pakai tudung labuh? kitorang ni tak boleh fly ke? tak berkat ke ilmu kitorang belajar?'


comel je soalan! ^^
jawapannya ada pada ayat alquran yang akak letak kat atas ni :) insyaAllah berkat, dik! niat kerana Dia, nescaya kita akan dapat kedua-duanya: dunia dan akhirat! dunia ada di tangan kita, dan akhirat di hati kita. still boleh fly tau! janji Allah itu pasti.. percaya pada janji tu, ok adik-adikku sayang?


tak sabar nak dapat adik-adik yang comel macam ni. ^^


ilal liqa' :)



2 comments:

Diane said...

salam..entri ni buat saya tersenyumlah. heee..
entri yg menarik.. :))

tiArA EmiLY said...

jzkk ukhti

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com