bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
ok, saya ada satu cerita tentang satu jaulah yang sangat tak disangka-sangka. beberapa hari yang lepas, kami bertiga (saya dan dua orang lagi akhwat chc), menghadiri satu program yang diadakan di indonesia. program tersebut diadakan selama 5 hari. tapi, kami hanya dapat menghadiri program tersebut selama satu setengah hari sahaja, kerana Allah mentarbiyyah kami dengan cara yang lain. bukan dari program yang kami hadiri. jadinya, kami terpaksa meninggalkan program untuk memastikan hadaf program tercapai dan segalanya berjalan dengan lancar. dari sinilah, kami diuji. diuji untuk cepat bertindak dan lebih flexible dalam menyelesaikan masalah. Allah, Dialah sebaik-baik Perancang Cinta.
kami berjaulah bukan tiga orang sahaja, tetapi berenam. kami ditemani seorang akhwat malaysia yang petah berbahasa indonesia untuk membantu perjalanan kami nanti. jadi, kami memulakan jaulah kami selama dua hari satu malam.
perkara pertama yang kami lakukan di Bandung adalah MAKAN! hee :)
kami makan di food court di Pasar Baru, Bandung. Pasar Baru bukan satu tempat yang asing bagi mereka yang selalu ke Bandung dan merupakan 'shopaholic'. sesampainya kami di food court, ramai orang-orang yang berebut-rebut menunjukkan menu mereka kepada kami. pada masa itu, yang terlintas di hati saya,'aaaaa,serabutnya!'. what an experience! kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. itu pertama kali saya mendapat pengalaman begitu. dan saya sedar, dalam dunia ini, lebih banyak lagi ragam orang yang kita perlu hadapi DAN FAHAMI. bukan merungut macam saya -__-"
ya, kita sendiri pun ada ragam masing-masing, kan?
ok, selepas makan dan sudah kenyanggg, kami ke masjid untuk menunaikan solat. lupa pulak nak bagitahu, kami makan nasi padang! nasi padang ni macam nasi campur, cuma bezanya, semua lauknya dihidang depan kita. dan kemudian baru kita pilih yang mana yang kita ingin makan. yang tak nak makan, jangan ambil langsung. kalau tak, akan di charge sebagai sudah makan.
kawan-kawan, di tingkat atas Pasar Baru ada masjid. bukan musolla ataupun surau, ya. saya sangat kagum, masjidnya selesa, bukan seperti beberapa shopping mall di Malaysia yang suraunya kecil dan kurang selesa.
ok, kemudiannya, kami ber'shopping' souvenirs untuk rakan-rakan dan keluarga.
selepas penat bershopping, kami ke factory outlet pula. kedai factory outlet di bandung bersebelahan sahaja, dan mudah untuk bergerak ke kedai yang disukai. cumanya, kena melintas jalan sikit, bagi factory outlet di seberang jalan. bagi ibu-ibu(dah pandai speaking indonesia dah), factory outlet ini merupakan tempat yang ideal untuk bershopping barang-barang yang berkualiti, berjenama dan murah(murah bagi orang yang bekerja, tidak bagi kami)
ha, macam promote pulak.
ok, selepas itu, kami ke kartika sari. kata akhwat indonesia, brownies nya sedap. kami tak sempat merasa. bukan rezeki kami. mungkin pada hari lain ^.^v
kemudian kami makan malam di Raja Sunda. sedap! silalah cuba :)
esoknya, kami ke tangkuban perahu. kami bergerak seawal 6.30 pagi. subuh di sana, pukul 4 tau! 6.30 pagi tu dah cerah sangat dah. sesampainya di sana, kami dikerumuni beberapa penjual yang ingin menjualkan barangannya. ya, sekali lagi, pengalaman kedua. mereka bersungguh-sungguh memaksa kami membeli -__-"
tangkuban perahu merupakan tempat gunung berapi aktif. boleh nampak sulphur yang berwarna kuning. baunya juga kurang memuaskan. erkk. mari ikuti beberapa dialog semasa di sana, di bawah ini:
dialog 1:
saya: kenapa dorang jadikan gunung berapi ni tempat pelancongan? macam kat auckland tu. tempat yang kita pergi pun kebanyakannya gunung berapi aktif.
kak A: dorang biasanya dah estimate masa dah, bila gunung berapi ni akan meletus. tapinya, kalau Allah menghendaki, bila-bila pun boleh meletus, kan?
kesimpulan - Allah sangat berkuasa! tak ada siapa yang boleh mengatasi Dia.
dialog 2:
kak M: kenapa bila kita tengok alam, kita rasa tenang je?
saya: nak jawab! nak jawab! *macam budak kecik!err -__-"*
kak M: haa apa dia?
saya: sebab, alam ni berzikir kepada Allah. setiap yang mengikut fitrah dan kembali kepada Allah, akan menjadi tenang. sebab tu kita tengok pun, kita jadi tenang.
kesimpulan - “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. 13:28
dan kemudiannya, kami pulang semula ke jakarta setelah makan tengah hari :)
lupa nak cakap, kami pulang dengan gembira! walaupun pada mulanya ada antara kami yang bersedih tidak dapat menghadiri program kerana tarbiyyah Allah itu. see, everything is on purpose!
marilah kita membuka mata dan hati kita :)
1 comment:
Salam ziarah dari orang Bandung :)
Post a Comment