how i miss new zealand

bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

baru-baru ini, saya pulang ke kampung. lama juga, lebih kurang seminggu. tujuannya adalah untuk menjaga tok dan tokki. sepanjang berada di kampung, saya terperap di dalam rumah. jaga tok dan tokki. bila ada masa, saya akan capai apa-apa buku yang saya bawa untuk baca. kadang-kadang, tak sempat baca satu muka surat pun.

sampai satu hari, saya memang totally rasa macam robot. hari-hari buat benda yang sama. and benda yang paling saya sedih, rohani saya makin kurus. buku-buku fikrah yang saya bawak, semuanya tak dapat dipegang dalam masa yang lama. semua sekejap-sekejap je. and setiap hari tu, saya monyok je, tak gembira. tok dan tokki macam faham, dorang suruh saya keluar jalan-jalan kat pantai, bersiar-siar. tapi saya tak nak. merajuk konon. lepas tu, saya rasa, dorang suruh ayah bawak saya jalan-jalan amik angin kat pantai. petang tu, ayah ajak saya. mula-mula tak nak, tapi lama-lama tok tokki and ayah pujuk, pergi jelah.

dalam perjalanan ke port kami ambil angin, sepanjang-panjang pantai, saya ada ternampak sekumpulan gadis-gadis melayu duduk dalam bulatan, memegang al-quran. Ya Allah, hanya Kau saja yang tahu saat itu. air mata bergenang, saya rindukan saat itu. waktu tu, memang Allah je tahu, betapa saya nak mesej semua orang di new zealand, ajak sama-sama ke pantai dan sama-sama 'ijlis bina nukmin sa'ah'. sampai saja di port kami di pantai itu, saya turun mengambil angin. sungguh, semua kenangan lalu menggamit hati; di saat mula-mula saya mengenal tarbiyyah dan di saat pertama kali jaulah, saya jatuh cinta pada pencinta-pencintaNya. alangkah indahnya dapat diulang saat itu.

rohani dan hati ini semakin kurus dari hari ke hari. hanya sedikit pembacaan yang menyelamatkannya daripada terus mati. begitulah transition di malaysia yang tak berkesudahan lagi. di saat saya dapat 'makanan' itu, saya 'makan' semuanya, menghargai setiap saat yang ada untuk menikmati 'makanan' yang diberikan. rasa ingin lari dan terus mencari makanan-makanan rohani kerana pada setiap saat, diri ini merinduiMu, Ilahi.

1 comment:

NAS said...

sayang... rindu jugak nak usrah sama2 ngan kamu.. T_T tak sama usrah online and usrah berdepan2 kan?? dapat rasa kesedihan kamu tatkala melihat kumpulan gadis2 tu.. semoga terus kuat kamu..!!! uhibbukifillah sayang..

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com