jom, bercinta jom!

bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

sebelum saya mengajak semua bercinta, saya ada satu request! mesti buat ya..emm ha, peluk dan cium orang yang paling dekat dengan kamu sekarang! (semestinya yang mahram ya..) lepas tu, kata kat dia, 'saya sayang awak, awaklah hadiah terindah! hadiah paling best!'


ok, balik pada topik utama kita.

siapa yang pernah bercinta atau sedang bercinta (senang kata ada pengalaman bercinta), sila mengaku (mengaku dalam hati pun tak apa. tak ada paksaan). anda diperlukan untuk meng'interesting'kan lagi cerita yang bakal saya cerita supaya semua orang pun dapat rasa keseronokan bercinta. orang yang tak pernah bercinta pula, we welcome you to join the club.

ha.. mari berimaginasi.

pada suatu hari, ada seseorang sukakan kita. dia nak tackle kita. agak-agak apa dia buat?

  1. mula-mula dia ambil hati kita dulu. ohh mesti la kita tolak, kan? kata kita, 'eh tak kenal punda nak ngorat-ngorat..'
  2. lepas tu, dia tak putus asa.. dia beri hadiah yang kita paling suka. walaupun kita tolak, dia tetap berusaha untuk beri hadiah yang kita lebih lebih lebih suka lagi dari hadiah sebelumnya.
  3. lepas tu, dia pun tunjukkan kesungguhan dia dengan berkorban macam-macam. sanggup buat apa sahaja asalkan cintanya diterima. contohnya, sanggup menelefon kita sampai kredit habis.
  4. last-last, kita dapat rasakan cinta yang tulus darinya.
cewah cewah, berjiwang jiwang pulak. kikiki.

tapi, itu adalah steps yang berlaku apabila kita bercinta dengan manusia. macam mana kalau bercinta dengan Allah?
  1. mula-mula, Allah ambil hati kita dulu. bila kita sedih, Dia ada dengan kita. Dia saja yang setia.
  2. lepas tu, Allah beri hadiah yang kita paling suka. malah bukan setakat kita paling suka, tapi hadiah yang kita tak boleh hidup tanpanya. seolah-olah kita akan terumbang ambing tanpa hadiah itu sekiranya terpaksa dipulangkan semula. contohnya: orang-orang yang kita paling sayang
  3. lepas tu, Allah tunjuk segala pengorbanan-pengorbanan besar Allah. berikan segala-galanya yang kita pinta.
  4. last-last?
kita tak rasa terharu ke dengan apa yang Allah dah buat? sangat SWEET! kekasih mana yang boleh berikan apa sahaja yang kekasihnya nak? apa sahaja, segala-galanya? ada? 

Allah tu, dah cintakan kita terlebih dahulu dari kita mencintaiNya. malah Dia sanggup menunggu! tak cukup lagi pengorbananNya? sampai hati kita memilih untuk berpaling?
'relaku menunggu, seribu tahun lama lagi.. ini bukan seribu tahun, malah boleh lebih dari itu!

kalau manusia, kadang-kadang kita terima dia sebagai kekasih tanpa kita rela pada mulanya. tapi kerana kesanggupan, pengorbanan, dan cinta tulus yang dia tunjuk, kita jadi takut kalau-kalau tak ada lagi orang yang sayang kita kalau kita tolak dia.. dan kemungkinan besar, si dia dah takkan suka pada kita lagi kalau kita menolak dia.
begitu juga dengan Allah, kita sepatutnya merasa perkara yang sama; takut kalau-kalau Allah pilih orang lain untuk menjadi kekasihNya (ohh sungguh rugi..). tapi, berbezaNya Allah dengan manusia, kalau kita tolak Dia, Dia akan tetap setia menunggu sehingga cintaNya (kita) menerimaNya. tapi, jangan buat Dia benar-benar tunggu!

haaa sweet kan?
seronok kan, kalau Allah pilih untuk bertanya pada kita, 'will you be my lover?' 
ohh ya, seriously i'm melting! 

ohh lupa. senanya saya nak cerita, saya dah bagi kata putus kepada soalan Dia pada saya; untuk mencintaiNya sahaja dan menjadikan Dia yang pertama dan hanya Dia dalam hati saya. emm turn kamu semua pula untuk jawab, setelah baca entri ni.. hee ^^

oh ya, sebelum saya lupa. nak tahu tak hadiah paling berharga yang kekasih hati saya bagi? hadiah yang saya rasa saya akan terumbang ambing jika hadiah ini ditarik semula?
hadiah itu, adalah KAMU. ukhwah yang kita bina atas kasih sayang kekasih hati saya pada kita dan kasih sayang yang terjalin antara kita buat saya sangat bahagia.

terima kasih Sayang, atas hadiah itu..
Alhamdulillah, atas hadiah itu..

saya dah declare Dia kekasih saya, kamu bila lagi?
jomla bercinta dengan Dia, Dia sangat sweet tau! walaupun Dia punya banyak kekasih, cara Dia layan kita berbeza-beza, tapi kita still rasa sweet sebab cara itu unik, hanya untuk kita sahaja!
I dont bother sharing. in fact, I'd love to! 

plus, kasih sayang manusia itu terhad. that's why we do bother sharing our loved ones with others!
tapi kasih sayang kekasih hati saya tak pernah terhad, boleh untuk sesiapa sahaja. sebab tu boleh berkongsi! :)

JOM!

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com