mungkinkah..


..aku mus'ab bin umair yang dihantar oleh Rasulullah berseorangan ke Madinah untuk menyampaikan risalah cinta Dia? dan untuk mengubat hatinya yang dibuang keluarga?


tapi, aku masih menunggu tugas itu untuk mengubat hati....

yang tak juga ada hingga kini..

satu hari, aku meluahkan isi hati kepada seorang akak yang baru sejam aku rapat.. aku ceritakan apa yang terbuku di hati yang tak terluah..
'apa pengorbanan yang telah aku berikan pada jalan ni?'
aku jadi sedih hari ke hari memikirkan tentang itu. sebelum meninggalkan bumi tarbiyyahku, aku lebih menumpukan pada tarbiyyah dzatiyyah sebagai persediaan untuk aku di tempat lain nanti.

aku katakan pada akak itu tak sedikit pun aku menyumbang untuk menegakkan agama Kekasih hatiku! lalu dia ceritakan padaku kisah Nabi Nuh yang 950 tahun berdakwah, tapi yang berimannya kurang dari 86.. aku jadi malu. penyabarnya Nabi Allah. jauh beza aku yang baru diuji hanya sekejap.

akak tersebut meneruskan kata-katanya, 'Allah tak lihat pada hasilnya.. Allah lihat pada usaha kita.. cuma manusia yang selalu judge dari sudut apa yang dilihat mereka..'

dengan tersesak-esak, aku katakan padanya, 'tapi saya tak buat apa-apa pun kak.. saya tak sempat berperang pun.. saya cuma buat persediaan untuk diri saya..'

dia memandang dengan simpati, mencari kata-kata yang sesuai, 'tahu tak syed qutb kata apa dalam tafsirnya?'

sambungnya lagi, 'keimanan seseorang itu lebih baik daripada seluruh penciptaan langit dan bumi..'

aku terdiam.. 'maksudnya?'

'kalau seseorang itu benar-benar beriman, maknanya dia lebih baik daripada setiap penciptaan yang ada di langit dan di bumi. maknanya dia tu dah cukup memenuhi tujuan penciptaan manusia..'

kata-katanya sedikit sebanyak memujuk hatiku. tapi, layakkah aku? layakkah aku menjadi orang yang benar-benar beriman sehingga aku lebih baik dari seluruh penciptaan yang ada di langit dan di bumi, sedangkan aku tak sesabar Nabi Nuh, sedangkan aku tak setabah Nabi Muhammad?

aku rindu perjuangan kekasih Allah. aku rindu. tapi aku masih bukan orang yang selayaknya untuk turut serta dalam peperangan itu.

mungkin nanti.
mungkin Allah hanya ingin menguji.
mungkin Allah ingin mentarbiyyah aku sebelum aku menjadi mus'ab bin umair.
mungkin.

ingin sekali aku merealisasikan apa yang ada di benakku, 'akulah mus'ab!'
namun segalanya takkan menjadi realiti sekiranya aku tak lulus tarbiyyah Allah ini. 

dan sedikit nota darinya sebelum aku pulang, '..jadilah mus'ab bin umair atau jaafar bin abi talib......'


Ya Allah, ubati hati ini..

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com