neraca infiru

bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

disebabkan baru-baru ni semua orang semakin lemah himmah, mari kita sama-sama bina himmah  itu semula! ingat tak hari tu kita pernah cerita tentang himmah 'aliyyah (semangat yang tinggi)? haritu teori je, kan? sekarang ni, Allah nak uji, betul-betul ke para pencintaNya ni betul-betul faham teori yang kita ceritakan hari tu.

well, let's prove Him, we're here(wherever we are) for Him.
NOTHING ELSE!
in fact, that's what lovers for! live for their Lover. the One and Only.

siapa ingat kata-kata Abu Qassim al-Junaid? *one of you definitely need to comment on this entry. two-way communication; tautan hati walaupun jauh, kan?*

masa bercinta, kekasih kita lah pendorong semangat kita. walaupun dia jauh, aura dia wat kita rasa dia mampu tolong kita even tho he cant be counted on.
tapi, itu kalau bercinta dengan manusia.

kawan-kawan, kita dah pun mengikat janji setia untuk cinta hanya Dia. kita dah jaja Cinta kita hanya satu iaitu Dia. Dia lah yang sepatutnya menjadi pendorong semangat kita. Dia tak pernah jauh macam kekasih (manusia). Dia lah satu-satunya Kekasih yang kita boleh bergantung harap. ibarat kekasih yang lama tak berjumpa, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk bertemu dengan dia untuk mengubat rindu kita. akhawat fillah, KITA RINDU DIA, KITA NAK BERJUMPA DENGAN DIA NANTI! do whatever it takes to achieve it!

bangkitlah. bina hamasah kita semula.
ingatlah sayang, neraca infiru kita. hanya satu.

siapa pernah tahu tentang kisah empat jundu? tak apa, biar saya cerita.

di satu tempat, ada empat jundu. dipersiapkan oleh Allah untuk berperang. persiapan perang memang disediakan sendiri oleh Allah melalui perantara manusia. persiapan yang sama, jangka masa yang sama. setahun persiapan, keempat-empat jundu sedia untuk pergi berperang. dengan bekalan ilmu yang sedikit cuma, dengan pengalaman yang diberi rasa dan dengan amalan yang perlu ditingkatkan sentiasa, keempat-empat jundu sudah pun tiba di medan perang.

ditakdirkan Allah, hanya tiga jundu yang dibenarkan berperang. satu jundu ditahan oleh Allah dari turut serta. jundu yang satu ni perlu dihantar pulang. perlukan persiapan lagi. LEBIH lagi. Allah hanya membenarkan dia untuk menjadi imam di tempatnya, bukan untuk berperang. melihatkan rakan seperjuangan yang semakin hebat di medan peperangan, dirinya terasa begitu kerdil. tapi berbekalkan cinta dia padaNya, digagahkan juga hati untuk terus bersemangat dalam persiapan perang.

jundu yang lain semakin bersemangat. dengan semangat tiga jundu itu juga, dia semakin yakin dengan ketentuanNya. ada Cinta di sebalik segalanya;
dia tahu apa neraca infirunya yang sebenar-benarnya.

*****

kita di sini keranaNya, kan? 
takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak, cita kita hidup mulia, atau syahid mendapat syurga!
menang atau syahid!



UNTUKMU BAKAL SYUHADA
Kehidupan bagaikan roda
beribu zaman terus berputar
namun satu tak akan pudar
cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
berpisah bukan akhir segalanya
lepas jiwa terbang mengangkasa
cita kita tetap satu jua
cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti

JUNDULLAH, TETAPLAH BERPERANG DENGAN MUSUH KITA YANG NYATA; SYAITAN LAKNATULLAH!

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com