Allahurabbi=)

bismillahirahmanirrahim

 Assalamualaikum wbt.

Sahabat I    : kenal perkataan ni, "4JJI"?  
Sahabat II   : mestilah..Allah kan?
Sahabat I    : kumelihat pada zaman ini, sangat ramai yang hanya tahu perkataan ini, tp Dia tiada dalam hati      
                    mereka.
Sahabat I    : kenapa cakap macam tuh?
Sahabat II   : Insan yang ada Allah dalam hatinya akan sentiasa tunduk pada Dia, akan sentiasa mencari
                    redhaNYA..akan menjatuhkan egonya untuk Islam, akan mengorbankan dirinya untuk Iman..
Sahabat I    : ----
Sahabat II   : Ana rasa ana sangat ego dengan Allah...ana tak sanggup merendahkan diri ana pada Dia yang
                     menundukkan alam ini pada kita..ana sentiasa kalah dengan ujian Dia..Enti rasa, Allah akan
                     ampunkan dosa ana yang banyak ni?Kadang-kadang ana tak tahu kat sudut mana di hati ana
                     ini, ana letakkan Dia..Ana tak letak sepenuh pengharapan kat Dia..Ana tak mencari waktu
                     untuk bersama dengan Dia..
Sahabat I    : Allah tu kan penyayang sifatNYA..Dia tak pernah meninggalkan hambaNYA walau
                    sesaat..carilah Dia, Dia akan sentiasa ada kat sisi enti..Allah tu kan sangat memahami..walaupun
                    enti tak minta Allah ada kat sisi, Dia tetap ada untuk menemani, dalam setiap hela nafas enti..Enti
                    yakin dengan Allah?
Sahabat II   : Ana takut hati ana keras dengan dosa..ana bimbang ana tak dapat masuk syurga Dia..ana takut
                    andai azab yg pedih tu menjadi rumah ana nanti...
Sahabat I    : tiada siapa yang dapat menjamin diri mereka ke syurga..Apa yang ana pasti, Allah tu Maha
                    Kasih pada kita. Dia tidak akan menzalimi kita..malah Dia sentiasa menunjukkan jalan untuk kita
                    sampai ke syurga dan bertemu dengan Dia..Enti rindu nak jumpa Allah kan?
Sahabat II   : Layakkah ana mengatakan ya pada soalan enti tu?


"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Baqarah ayat 74) 

No comments:

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com