bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

petang tadi, aku berjalan berseorangan, menikmati keindahan alam ciptaanNya. aku jadi rindu pada mereka yang aku tinggalkan. rindu pada saat-saat menikmati alam bersama.

lalu aku terlihat sebatang pokok yang dulunya hanya pokok, kini sudah ada buaian yang tergantung padanya. terlintas di benakku, 'semuanya sudah berubah.. lain dari dulu..'

aku capai telefon bimbitku dan menaip segala apa yang terlintas di hatiku saat itu.
'lawns change, playgrounds change and so do we. everyone admits the fact that people do change. but how come we're too afraid to be the better us?'

aku jalan lagi, dan aku lihat langit yang dulu aku lihat di bumi tarbiyyahku sama sahaja seperti di sini. tiada bezanya. lalu aku terfikir, 'begini sahajakah hidup aku?'

aku jadi takut. takut kalau-kalau masa yang aku ada itu, aku sudah penuhkan dengan mengisi air tapi tak ada tempat untuk alirkan air yang bertakung itu. aku takut air yang ada makin lama menjadi busuk. aku takut hati aku jadi begitu. kering. hanya penuh dengan ilmu yang ditambah, tapi tak ada siapa ingin aku tumpahkannya. aku jadi takut kalau-kalau itu jadinya. bagaimana ingin aku basahkan hati yang sekian lama menjadi kering dari hari ke hari persis air yang bertakung yang semakin busuk?

aku jadi takut.

lalu aku teruskan berjalan. aku teringat hak keluarga yang belum sempurna aku laksanakan. hak jiran yang belum aku laksanakan. lalu timbul di benakku, 'bagaimana mahu aku alirkan air pada mereka jika mereka hanya mempunyai tempat takungan yang kecil?'

ya, aku perlu curahkan sedikit demi sedikit dan bantu mereka menyediakan tempat takungan yang lebih besar untuk menampung kuantiti air yang melebihi kapasiti takungannya.

1 comment:

Anonymous said...

inshaAllah dik mari kita usaha.!

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com