bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
tadi, saya duduk sejenak, berfikir tentang keadaan kami. orang yang ada pada tahun lepas, ada yang sudah pulang ke Malaysia. dan kemudiannya, giliran saya pula berada di Malaysia.
betapa hebatnya kuasa Dia, dalam sekelip mata boleh mengubah sesuatu yang sudah kita rasakan pasti, kepada sesuatu yang masih belum pasti. kalau dulu, rasa macam semua orang akan stay, bersama-sama meneruskan perjuangan. tapi, siapa sangka, dengan satu ketentuan Dia, seorang demi seorang perlu dihantar pulang.
hebat, kan?
saya sangka akan menghabiskan study di tempat yang sama. paling tidak pun, saya sangka saya hanya perlu bertukar ke universiti lain jika tak ada placement untuk saya bagi tahun berikutnya. tapi, tak perlu alasan itu untuk bertukar universiti. hanya dengan sentuhan Dia, segala-galanya boleh berubah.
entah, sampai sekarang saya masih kagum dengan apa yang berlaku pada diri saya. kagum dengan kuasa Dia.
hanya dalam sekelip mata, semuanya berubah. SEMUA.
satu demi satu keputusan saya Dia uji. seolah-olah masa itu Dia putarkan semula. saya berada di tempat bermulanya saya dahulu. sedang membuatkan keputusan di mana perlu saya teruskan perjuangan lagi. dan pilihan-pilihan yang ada di depan saya kini, adalah pilihan-pilihan yang sama. cumanya, kalau dulu, ada 3 pilihan, sekarang sudah menjadi 2.
seolah-olah dulu Dia berikan saya 3 jalan: A, B dan C. lalu saya pilih salah satu daripadanya, iaitu A. dan setelah saya cuba jalan yang satu itu, Dia berikan saya satu lagi peluang untuk memilih jalan yang lain; antara B dan C pula. jalan yang mungkin kali ini, adalah jalan yang memang untuk saya. hebat, kan?
bukan satu cerita yang hanya direka-reka seperti dalam filem. tapi cerita yang sebenar yang Pengarahnya adalah Dia, tanpa saya sedari, saya pelakon utamanya.
dulu, saya hampir juga memilih jalan yang satu lagi, C, atas tarikan seseorang. tapi, Dia tahu tarikan yang itu bukan kerana Dia. lalu Dia tetapkan saya untuk memilih jalan A kerana saya memilih jalan A itu kerana Dia. tapi, jalan A tak lama.
dan kini, tinggal hanya 2 pilihan. B atau C. hanya ada 2 jalan. jalan yang mungkin, memang takkan lagi meletakkan saya di situasi yang sama; membuat pilihan. ataupun jalan yang akan membuatkan saya merasa ketiga-tiga jalan.
saya runsing, takut-takut kalau jalan yang bakal saya pilih nanti, ada tarikan-tarikan lain selain Dia. tapi saya percaya, jalan-jalan yang Dia bentangkan kali ini adalah jalan sebenar untuk saya. cumanya dulu, Dia biarkan saya memilih jalan A kerana mahu menyucikan niat saya terlebih dahulu sebelum saya memilih antara dua jalan: B atau C.
memang dulu, saya akui, saya ada sebab kenapa saya ingin memilih B dan C. dan semestinya sebab itu adalah kerana tarikan yang lain. dan saat itu, memang jalan A adalah jalan yang paling dekat dengan Dia saat itu. tapi kini, sebab-sebab dan tarikan-tarikan itu sudah lama hilang kerana jalan A yang telah Dia tetapkan untuk saya pilih satu masa dulu.
hebat, kan?
i just cant stop thinking how Great You are. please, dont let me stop.
No comments:
Post a Comment