Autumn in my heart:)

bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wbt.


Saya sangat suka gambar ini. Tadabburlah gambar di atas, apa yang kamu terlintas di hati?  Di tengah-tengah kesibukan manusia melakukan kerjanya, saya nampak satu ciptaan Allah sangat saya teruja melihatnya. Ciptaan Allah ni menyapa kami tatkala Autumn menjelma..Sangat suka!!!Tersentuh hati melihat keajaiban Allah tukarkan warna daun hijau menjadi merah..Rasa sangat kerdil duduk di bumi christchuch ni. Selalunya, kita akan terperasan bila sesuatu benda itu aneh, or unik kan? Macam daun merah ni lah, jika kita lihat  dalam banyak - banyak daun tu, kita akan lebih fokus pada daun merah bukan? Sebab apa? Sebab daun merah tu GHURABA"-".

Samalah macam ISLAM TU. ISLAM ITU GHURABA'(asing)
وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”
Makanya, segala perbuatan, akhlak kita, cara kita berpakaian, semuanya akan dilihat oleh mereka yang biasa. Barangsiapa yang mengamalkan Islam yang sebenar akan dilihat sebagai ghuraba' oleh mata-mata luar. Cara hidup kita pon lain dari mereka bukan? Sentiasalah muhasabah diri kita jika kita tidak rasa ghuraba' , kita rasa kita ni sama sahaja dengan orang di luar sana. Tanyalah diri, adakah qudwah, perbuatan, akhlak dan cara hidup kita sudah cukup bagus untuk melambangkan Islam yang kita pegang? Islam yang kita banggakan? Islam yang dibawa dengan susah payah Rasulullah s.a.w berserta sahabah, sahabiah, tabi'in, dan seumpamanya? Islam yang sepatutnya menjadi fitrah kita sejak kita lahir? Atau adakah kita sudah jauh tersasar dari jalanNya. MasyaAllah banyak lagi yang kita kena muhasabah!



 Jom sama-sama jadi ghuraba:) JOm sambung perjuangan Rasulullah s.a.w ni hingga ke akhir hayat kita. Bagaimana kita nak sambung? Ikutlah sunnahnya. Sunnah terbesarnya. Mesti semua dah tau kan? [fikir2xxxx]Moga kita bertemu di syurga bersama-sama. Nak tengok semua orang yang saya kenal ni di syurga:)..So, kena kerja keras lagi untuk ke sana:)




Sekarang ni, pokok-pokok merah sudah banyak kelihatan. Rasa sangat best!! Rasa lagi best bila nampak Islam tu akan bangkit semula.Khalifah ada semula! Kita makin ramai sehingga mereka takut tengok kita!


 Musim berlalu,
masa pun berlalu, 
segalanya bertukar wajah..
adakah kita masih di takuk lama?
Jangankan jalan yang kupilih
buatku tersasar
 dari petunjukMu
Amin...




1 comment:

jundullah said...

miss autumn.

selamat berjuang!

lullaby


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com