Assalamualaikum wbt.
dalam entri yang sebelum ni, saya ada cerita tentang adik-adik yang comel, kan? hari ini saya nak cerita lagi :)
saya pernah cakap yang saya tak sabar nak dapat adik yang comel. owhh saya dah dapat! Alhamdulillah~
sedang saya leka membuat kerja saya, tiba-tiba puup! keluar ym dari seorang adik yang comel. wohh berbunga-bunga dapat ym dari dia. hee :D rindu sebenarnya dengan dia. dah hampir tiga minggu tak berjumpa dengan dia. banyak perkara yang membuatkan saya selalu teringatkan dia. semasa saya pulang ke kampung, semasa saya makan nasi dagang, mesti teringat kat dia!
pernah juga hari tu, saya masak daging black pepper. first time. masa tu, saya campak sesuka hati saya je. dalam hati, teringat kat dia, sebab pertama kali saya datang ziarah rumah dia, dia masakkan daging black pepper tu. sedap! *tak macam saya masak..tak sedap~ T.T *
oleh kerana saya mengalami difficulties untuk mengagak sukatan-sukatan yang perlu dicampakkan, saya teringat kat dia. saya rasa menyesal tak belajar masak dengan dia betul-betul haritu. -__-"
ohh rindulah kat kamu, adik!
lepas tu, tadi kami ber'ym'. seronok dapat borak dengan dia :D dia cakap dia banyak keje sekolah. dan banyak test bila bukak sekolah nanti. sedih pulak saya. kalau akak pun belajar account macam awak, bolehla akak tolong~ tapi tak belajar :((
hanya dapat mengirimkan doa saja pada dia :) well, dont underestimate the power of du'a!
lepas tu tadi, dia yang ajar saya macam mana nak masak ayam madu! comel tak? patutnya kakak ajar adik. tapi, adik ajar kakak sebab kakak tak pandai masakk~ -___-"
nanti bila saya dah pandai masak ayam madu, saya letak resepi dia kat sini ea!
*lepas tu dia paksa saya masak petang ni jugak! siapa kakak siapa adik ni. ish, comel sangatla awak ni dik! hee ^^
walaupun kita dalam kapal yang berlainan, tapi sebenarnya tempat kita tuju itu sama.
walaupun tempat persinggahan kita berlainan, tapi sudut pandang kita sama.
mardhatillah. Dia.
1 comment:
cik adik yang tulis artikel adikcomel,
jgn lupa wish birthday adik yg awak mention dlm artikel ni...birthday dia esok!!!
Post a Comment